Wednesday 26 February 2014

Tungku Tuam Bayi Murah

Assalamualaikum Momies…… kali ni nak share skit pasal Tungku Tuam Bayi….. Kalau orang2 dulu2 selalunya daun sireh digunakan….. tetapi sekarang lebih dimodenkan tungku tuam bayi lak……kalau yang bayi lelaki bak kata nenek Tie lebih cerewet skit penjagaannya….compare baby girl….hihihi… Ni adalah skit info berkenaan Tungku Tuam Baby ni yea….;)



Manfaat Tungku Bayi dan Kepenggunaannya:
Bagi ibu yang melahirkan, penjagaan bayi perlu dititikberatkan.
Elakkan bayi kembung, masuk angin dan meragam sepanjang
tempoh berpantang kerana menurut kepercayaan orang dahulu,
jika tidak berpantang secara betul dan teratur, bayi mudah
bermasalah selepasnya.

Menuam adalah satu cara membantu bayi merasa lebih selesa.
Manfaatnya banyak terutama bagi bayi lelaki, menuam dibahagian
alat sulit adalah amat penting untuk mengelakkan
masalah ‘angin pasang’. Jika belakunya gejala ‘angin pasang’ ini,
penjagaannya menjadi bertambah rumit dan kebanyakannya
akan diselesaikan dengan satu pembedahan di bahagian tersebut!!!!! Jangan Main-Main tau…kesian baby dah nak kena operate nanti…..;(

Jika dahulu daun sireh digunakan dan ada yang masih menggunakan
pasir. Kulit bayi adalah sangat lembut dan dikhuatiri akan
merengsakan kulit. Kini, ada cara yang lebih mudah.
Dengan tungku ini, ia lebih cepat, berkesan dan selamat digunakan.

Tuam @ Tungku Bayi digunakan secara traditional untuk:
  • Mengelak kembung perut atau masuk angin
  • Memberikan kelegaan kepada bayi
  • Mengelak angin pasang bagi bayi lelaki
  • Dituam pada bahagian anggota tubuh badan
  • Mengandungi 100% herba & aroma yang menyegarkan bayi



Cara penggunaan :

Bahan utama iaitu jintan hitam @ habatus sauda dan lada hitam,
tungku ini juga sesuai untuk bayi perempuan.

Caranya mudah iaitu :
dengan memanaskan bahagian bawah tungku menggunakan sterika yang telah dipanaskan atau tungku ibu( Tungku Besi atau Tungku Batu Sungai). Rasa dahulu kadar kepanasan tungku di lengan (suam-suam kuku) dan tuam dengan cara menekan sedikit. Tuam dibahagian penting seperti di bahagian ari-ari,perut, dada, sendi lutut, tapak kaki, belakang badan dan bahagian sulit(bagi lelaki) selepas mandi.
Setiap bahagian lakukan untuk 5 hingga 10 kali tuaman. Lakukan dua
kali sehari selepas mandi. Boleh juga digunakan ketika cuaca sejuk
untuk mengelakkan bayi batuk atau selsema. Simpan semula tungku di dalam bekas yang bersih untuk menjaga kebersihan selepas digunakan.

Tungku ini juga serbaguna untuk kanak-kanak. Terkena gigitan
serangga, terjatuh, demam, batuk, selsema, benjol terurama
di dahi dan lutut serta kecederaan ringan, digalakkan menggunakan
tungku ini juga. Selepas penggunaan, simpan di tempat yang bersih
dan kering. Sekali seminggu, jemur seketika tungku di bawah
cahaya matahari selama 10 hingga 15 minit.

Ia sangat-sangat murah& brbaloi tau….. pm me yea ….016 3652 308


**************
Inginkan Tips Kecantikan persis artis? Cepat Langsing?
Inginkan Tips memperbanyakkan susu badan?
Inginkan Tips Kesihatan dan Set Bersalin dengan Mudah & Murah? Layari https://www.facebook.com/SetBerpantangDanBersalin
http://setberpantangdanbersalin.blogspot.com/
www.truewhite2u.com/ctedzreena

CARA ORDER:
************
Pm,msg@whatsupp me :
016 3652308
ctroszaimah@gmail.com
Independent Distributor 
ID No: 1071886

Tuesday 18 February 2014

Tips Menu @ Makanan Berpantang

Assalamualaikum Momies..Those yang telah selamat bersalin..Alhamdulilah yea…Tahniah…














Sini Tie nak kongsi sedikit menu berpantang…. Info ini hanya sekadar perkongsian cadangan sahaja yea…. Mungkin lain org lain caranya….



Pemakanan Ibu Dalam Pantang Masyarakat Melayu:

Pemakanan antara aspek yang diambil berat semasa wanita dalam pantang. Makanan yang boleh memberi kesan baik kepada kesihatan ibu dan bayi elok diamalkan. Sebaliknya pula, makanan yang boleh mengganggu penyembuhan ibu serta kesihatan bayi elok dielakkan.
* Pada minggu awal bersalin eloklah dimakan makanan yang kering bagi tujuan mengecutkan rahim.
* Makan tepat pada masanya untuk mengelakkan perut dan badan masuk angin.
* Nasi atau roti ambil dalam kadar yang sepatutnya. Jangan terlalu banyak.
* Makan biar sedikit tetapi kerap untuk mempercepatkan badan kembali ke bentuk asal.
* Air juga begitu. Minum sedikit-sedikit tetapi kerap.
* Jangan kurangkan pengambilan air kerana badan ibu sangat memerlukan air untuk penyembuhan disamping ia dapat menggalakkan pengeluaran susu ibu.
* Buah terbaik adalah buah oren kerana ia mengandungi banyak vitamin C yang membantu penyembuhan luka disamping fiber untuk melawaskan.
* Ikan terbaik adalah ikan haruan kerana ia mempercepatkan penyembuhan luka. Namun jangan amalkan makan ikan haruan setiap hari. Seminggu maksima 3 kali.
* Ayam – seelok-eloknya ayam kampung dan ayam dara.
* masakan yang dianjurkan adalah sama ada bakar, rebus, kukus atau panggang.
* Makanan yang dimasak elok ditambah rempah-rempah yang memanaskan seperti lada hitam, halia dan bawang putih.
* Kunyit pula bagus kerana khasiat perubatannya selain mengecutkan rahim.
* Perisa lain adalah yang boleh digunakan seperti asam keping/gelugur, asam limau dan asam jawa.

ELAKKAN !!!

* Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan.
* Makanan yang dilarang antaranya yang bersifat sejuk, berangin, gatal-gatal dan tajam/berbisa.
* Jangan mengambil air teh atau air batu semasa dalam tempoh berpantang.
* Elakkan nenas, rebung, mangga dan jambu batu serta kebanyakan buah-buahan tempatan.
* Elakkan ikan sembilang, ikan keli, ikan kembung dan ikan pari kerana ia berduri.
* Elakkan menggoreng terutamanya dengan minyak banyak.

1. Ikan yg berduri & berbisa (terubuk, pari, parang) – badan bisa & bentan
2. Ikan masin + kering – nifas bau busuk
3. Udang, sotong, kerang, ikan kembung dan beberapa lg seafood – kulit gatal2
4. Sayur menjalar + sejuk + berangin (timun, kankung, petola, kacang panjang, terung, etc) – sakit tulang, sejuk otot, lemah sendi
5. Buah yang sejuk (tembikai, betik, pisang, nangka, jambu, etc) – sakit tulang, sejuk otot, lemah sendi
6. Air sejuk, air gas, air kelapa muda, cincau – sama seperti kesan buah dan sayur yang sejuk

Taaaa ...Daaaa...So, hope this entry will help you lots yea….not only momies jeee..daddies too coz daddies boleh la prepare barang2 tersebut…hihihi ;)



**************
Inginkan Tips Kecantikan persis artis? Cepat Langsing?
Inginkan Tips memperbanyakkan susu badan?
Inginkan Tips Kesihatan dan Set Bersalin dengan Mudah & Murah? Layari https://www.facebook.com/SetBerpantangDanBersalin
http://setberpantangdanbersalin.blogspot.com/
www.truewhite2u.com/ctedzreena

CARA ORDER:
************
Pm,msg@whatsupp me :
016 3652308
ctroszaimah@gmail.com
Independent Distributor 
ID No: 1071886

Sunday 9 February 2014

FAKTA TENTANG BAYI G6PD



Info bayi G6PD

G6PD (Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.

Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki. Ia secara am. Ditemui pada mereka yang mana ibu bapa mereka berasal dari daerah yang pernah sering mengalami Malaria seperti Asia Tenggara, Afrika dan juga Mediterranean.

Para ibu bapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. Dari segi yang lain, G6PD boleh menjadikan penghidap, lebih kuat melawan penyakit Malaria.

Bagaimanakah G6PD diwarisi?

G6PD berlaku akibat mutasi (perubahan) terhadap gen yang terdapat pada kromosom X, iaitu salah satu kromosom yang menentukan jantina seseorang individu. Kromosom X secara tunggal dapat diketemukan dalam sel-sel gamet seperti ovum atau sebilangan nukleus yang terdapat dalam sperma. Oleh itu, kebanyakan pengidap kekurangan G6PD adalah lelaki yang mempunyai padanan kromosom XY, manakala wanita yang mempunyai padanan kromosom XX kebanyakannya adalah sebagai pembawa yang sihat sahaja. Untuk seorang wanita yang mengidap kekurangan G6PD, kedua-dua kromosom X nya perlu mengalami mutasi dimana keadaan seperti ini amat jarang berlaku.

Komplikasi:
Kebanyakan pengidap masalah kekurangan G6PD biasanya jarang mengalami sebarang gejala atau kompilasi. Pada penghidap yang terdedah kepada bahan-bahan tertentu seperti beberapa jenis antibiotik dan ubat anti malaria, sel darah merah akan mudah terpecah dengan lebih awal dari tempoh matangnya. Akibatnya pesakit akan mengalami gejala penyakit kekurangan darah (anaemia) seperti pucat, sesak nafas, lemah dan tidak bermaya. Bagi bayi yang baru lahir, mereka mungkin lebih mudah mendapt penyakit kekuningan di seluruh wajah dan tubuh badan (Jaundice).

Diagnosis:
Ujian darah boleh dilakukan bagi menentukan samaada individu pengidap kekurangan G6PD ataupun tidak. Pada masa kini, ujian G6PD juga boleh dijalankan secara rutin sebaik sahaja seseorang bayi itu dilahirkan.

Rawatan:
Pengidap kekurangan G6PD biasanya tidak perlu dirawat melainkan dia telah menunjukkan simptom-simptom atau tanda-tanda komplikasi. Sekiranya anda adalah pengidap G6PD, anda perlu perlu mengelakkan sebarang perkara yang boleh menyebabkan sel darah merah pecah seperti memakan kacang parang semasa mengandung, terdedah kepada ubat gegat dan meminum air kosong dengan terlalu banyak melebihi sejag air dalam sesuatu masa dimana anda tidak bersenam, tidak penat, tidak kehausan, dan tidak berasa kering akibat pengambilan kadar gula atau nutrien yang tinggi pada sesuatu masa. Anda juga harus memberitahu doktor anda tentang status G6PD setiap kali berjumpa doktor anda kerana ada beberapa jenis ubat yang mungkin tidak membolehkan anda mengambilnya.

Ubat anti-malaria:
Status G6PD perlu diketahui sebelum anda dibenarkan untuk mengambil ubat anti-malaria. Di kebanyakan pusat perubatan awam pada masa kini, ujian saringan pengesahan kekurangan G6PD adalah diwajibkan sebelum seseorang mengambil ubat anti-malaria untuk sebarang aktiviti di kawasan tertentu seperti aktiviti di hutan, jungle tracking dan lain-lain lagi. Oleh itu adalah penting untuk anda merancang setiap aktiviti yang hendak anda jalani di kawasan hutan. Ianya perlu dimaklumkan ke Pusat Kesihatan selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh aktiviti. Selain bertujuan untuk menjalani ujian G6PD , dos pertama ubat anti malaria perlu diambil seminggu sebelum tarikh aktiviti dijalankan.

Ujian G6PD tidak perlu dilakukan berulang kali atau setiap kali apabila perlu mengambil ubat anti malaria. Sekiranya anda telah tahu status G6PD anda adalah normal, anda hanya perlu mengambil ubat anti malaria untuk kali ke-2 dan seterusnya tanpa menjalani ujian sekali lagi. Namun anda perlu sentiasa berwaspada kerana apabila anda gagal ataupun menipu mengenai status G6PD anda mungkin boleh mengalami komplikasi yang sukar untuk anda kawal dan meredakannya.



G6PD serang bayi lelaki???

Oleh Hanisah Selamat

Konsultan Kanak-kanak, Dr S Selvakumar, berkata kekurangan G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit, ia adalah satu fenomena keturunan (genetik) yang kebiasaannya dialami bayi lelaki.

Beliau berkata, pada dasarnya G6PD tidak berbahaya tetapi jika ‘pantang larang’ dilanggar, proses hemolisis boleh berlaku di dalam darah seterusnya memberi komplikasi seperti sesak nafas atau pitam.

Katanya, walaupun dianggap perkara lumrah, ibu bapa atau penghidap G6PD perlu berwaspada tambahan pula perpecahan sel darah merah berikutan proses hemolisis yang teruk boleh membawa kepada demam kuning, anemia atau buah pinggang rosak jika tidak mendapatkan rawatan segera.

“Ibu bapa yang mempunyai anak penghidap G6PD tidak perlu bimbang dengan tahap kesihatan bayi mereka. Seperti kanak-kanak lain, mereka akan membesar secara normal tetapi kekurangan enzim ini akan berlanjutan hingga mereka dewasa. Cuma pastikan mereka dijauhkan daripada bahan yang boleh membawa komplikasi.

“Dari sudut penggunaan ubat, sesetengahnya boleh mengundang bahaya seperti ubat gegat atau anti malaria. Ibu bapa perlu memaklumkan kepada doktor mengenai kekurangan enzim ini bagi memudahkan pemberian ubat terutama ketika bayi mereka demam atau sebagainya. Antara makanan yang perlu dijauhi pula kacang parang.

“Tanda utama yang boleh dikesan jika bayi terdedah kepada benda larangan ialah kencing berdarah. Darah yang pecah itu serta merta akan tersumbat di saluran kencing. Ibu bapa perlu segera membawa anak ke hospital bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk,” katanya.

Dianggarkan, kira-kira 10 peratus daripada populasi penduduk dunia mengalami kekurangan enzim G6PD namun sebahagian besar terdiri daripada masyarakat kulit hitam, Itali, Greek serta Asia dan uniknya ia dikenali sebagai ‘sex-linked enzyme defect’ apabila sering dihadapi bayi lelaki.

Selalunya kekurangan enzim ini diketahui sebaik saja bayi dilahirkan. Contoh darah mereka akan diambil untuk dianalisis bagi mengetahui jenis darah, kekurangan G6PD, tahap bilirumin dan sebagainya. Antara tanda awal, bayi yang mengalami G6PD akan mendapat jaundis (demam kuning) yang agak lama pada hari pertama kelahiran lagi.

“Apabila meningkat dewasa, seseorang yang mengalami kekurangan enzim G6PD biasanya dibekalkan ‘rantai perubatan’ yang menandakan pemakainya kekurangan G6PD. Ia membantu sekiranya berlaku kecemasan sekali gus membolehkan doktor memberikan rawatan bersesuaian,” katanya.

Kenapa lelaki?

Ketidaknormal gen bertanggungjawab terhadap kekurangan enzim ini yang biasanya mensasarkan kromosom X. Disebabkan lelaki hanya mempunyai satu kromosom X, mereka lebih berpotensi mengalaminya berbanding bayi perempuan yang mempunyai dua kromosom X. Apabila satu mengalami kekurangan enzim, satu lagi normal menjadikan enzim perempuan lebih seimbang. Begitupun, G6PD mempunyai beberapa tahap bergantung kepada peratusan kehilangan enzim terbabit.

Dari segi perubatan, ia bukan penyakit dan semestinya tiada ubat untuk kekurangan enzim ini. Seperti perkara yang membabitkan genetik lain, contohnya warna rambut atau anak mata, G6PD juga tidak akan berubah malah akan dialami seumur hidup. Sementara itu, darjah ketinggian proses hemolisis pula mengikut kadar pendedahan kepada ubat-ubatan tertentu seperti primaquine dan hydroxychloroquine (anti malaria), sulfonamides, ubat gatal dan dapsone. Jika termakan kacang parang pula, ia boleh menyebabkan demam, sakit belakang, pening dan menggeletar selain pneumonia.

Larangan: !!!!!!

# kacang parang
# ubat gegat
# anti malaria
# ubat gatal
# sulfonamides
# dapsone

Serangan:

# sesak nafas
# pitam
# demam
# sakit belakang
# pening
# menggigil
# pneumonia

Tanda:

# kencing berdarah
# kuning

Rujukan:
1)http://dyhazol.blogspot.com/2010/11/fakta-g6pd-pada-bayi.html
2)Berita Minggu 3 September 2006

*********************
Inginkan Tips Kecantikan persis artis? Cepat Langsing?
Inginkan Tips memperbanyakkan susu badan?
Inginkan Tips Kesihatan dan Set Bersalin dengan Mudah & Murah? Layari
https://www.facebook.com/SetBerpantangDanBersalin
http://setberpantangdanbersalin.blogspot.com/

CARA ORDER:
************
Pm,msg@whatsupp me :
016 3652308
ctroszaimah@gmail.com
Independent Distributor

ID No: 1071886

Bertangas & Mandian Rempah Herba semakin popular !

Assalamuaalaikum Momies...Salam Hujung Minggu... ;)
Okkey...Entry kali ni adalah permintaan customer2 Tie yang request especially dari nun jauh di sana dari Labuan & Brunei...hihih...
Disebabkan Rempah Tangas & Mandian Ratus Herba nie mendapat sambutan Terrrrsangattt Luar Biasa...ada feedback yang suruh Tie bagi lebih details sedikit....hihih...ookky Momies....



Rempah Ratus Tangas:


Herba Tangas nie diolah daripada gabungan Rempah Ratus Traditional sangat-sangat mendapat sambutan kerana ia dipilih khusus untuk menjaga bahagian sulit untuk membersih, mengurangkan masalah kegatalan , keputihan, angin keluar dari faraj, masalah bau semasa datang haid, mengecutkan peranakan serta membantu mengeluarkan darah beku bagi wanita selepas bersalin dan membantu memulihkan kelesuan dan kesegaran badan.
Amalan berterusan membuatkan kewanitaan anda mantap & pejab

Rempah Ratus Tangas juga secara traditional boleh digunakan sebagai pembersih harian (bercebok)

Banyak kan kebaikkan untuk bertangas? Jom check it out pula bahan-bahan dalam rempah bertangas ni....

Bahan-bahan nya adalah dari ratusan rempah ratus asli yea.. ada Manjakani, Akar Serapat, Kacip Fatimah, Akar Cekur, Serai Wangi dan campuran jenis akar kayu dan rempah ratus....

Cara Penggunaannya pula:
Campurkan dengan air panas atau rebus seketika sehingga naik bau dan keluar patinya. Lakukan proses bertangas selama 20 minit.
Untuk mendapatkan kesan yang maksimum lakukan bertangas selang 2 atau 3 hari.
Begitu juga bercebuk boleh dilakukan sekali sehari. Uncang boleh digunakan sehingga hilang baud an warna , simpan uncang yang ingin digunakan semula di dalam peti ais untuk mengekalkan kesegaran herba.....

Taaaa Daaaa..... mudah kan....hihihi....

Mandian Ratus Herba:


Mandian Ratus Herba digunakan secara traditional turun temurun mengandungi daun-daun herba dan rempah ratus yang membantu memulihkan kesegaran dan kelesuan badan.
Ia sesuai sebagai mandian herba sauna, mandian wanita selepas bersalin, mandian spa atau herba rendaman kaki dan mandian aromaterapi.

Khasiat yang terkandung di dalam herba membantu memberikan tenaga, mengurangkan kegatalan, bau badan, mengurangkan rasa sengal, mempercepatkan proses membakar lemak (bersauna) nibagus sesiapa nak kurus tue yea...hihi...meningkat perpeluhan, menghangatkan badan yang sejuk dan cepat masuk angin..

Bahan-bahan nya adalah dari ratusan rempah ratus asli yea.. Daun Sireh, Daun Pandan, Dukung Anak, Serai Wangi, Halba, Limau Nipis, Daun Mengkudu, Daun Bonglai, Daun Inai, Limau Purut, Daun Kapal Terbang, Limau Nipis, Halia Bara, Bonglai, Daun Senduduk, Daun Kadok dan aneka akar kayu asli....

Waahh..... dah tak perlu nak masuk hutan bagai kan ...Taaa Daaa dah siap terus.....terus pakai....


Bagi yang nak mencari jenis dedaun untuk Herba Mandian ni Tie pun ada yea....nie bagi yang nak feel more traditional gitu....ia merupakan gabungan herba-gerba tempatan seperti daun capa, meringan, serai wangi,daun inai, daun sireh, balik angin, lemuni dan garam bukit.....



Mandian Herba ni digunakan sebagai mandian selepas bersalin yang boleh mengatasi masalah:
  • meroyan selepas bersalin
  • melancarkan peredaran darah
  • membuang angin dalam badan
  • mengurangkan sengal-sengal sendi akibat proses bersalin
  • menghilangkan stress dan migraine
  • menjadikan kulit halus & menawan
  • juga boleh digunakan kaedah bersauna.

Mudah kan....Price? sangat2 la murah & berbaloi....so..sesiapa yang nak...cepat2 pm Tie for more details yea... 016 3652308 ;)


*********************
Inginkan Tips Kecantikan persis artis? Cepat Langsing?
Inginkan Tips memperbanyakkan susu badan?
Inginkan Tips Kesihatan dan Set Bersalin dengan Mudah & Murah? Layari
https://www.facebook.com/SetBerpantangDanBersalin
http://setberpantangdanbersalin.blogspot.com/

CARA ORDER:
************
Pm,msg@whatsupp me :
016 3652308
ctroszaimah@gmail.com
Independent Distributor
ID No: 1071886

Saturday 8 February 2014

Mommy Belly Oil For Stretch Marks Especially After Pregnancy

Assalamualaikum Momies…. How’s your day? Hihihihi…Happy Weekend okky….

Hari ni Tie nak cerite more more skit about Mommy Belly Oil … ni khas untuk stretch marks…untuk Momies2 yang pregnant tu…. Pasti ada kesan stretch mark tuuu….ada yang tak de…huhu..bestnye…ada yang sedikit…ada yang banyak…sure kita akan risau & rasa malu dengan Hubby sendiri kan? Hihih…

 eeeeee.....segan kan? especially stretch marks after pregnancy....

Ni ada satu product yang khas untuk masalah stretch mark ni…hihihi… ni dari memang terbaik dari ladang… dari berasaskan Minyak Kelapa Dara…. Produk Tropika… iaitu Mommy Belly Oil..


..Ianyer dilengkapi dengan bahan bahan organik yang mempunyai vitamin E dan kolagen untuk ibu ibu..
sebenarnya Mommy Belly Oil ini juga boleh diamalkan dari saat kehamilan lagi..
bagi mengurangkan stretch mark yang hudoh itu serta mencantikkan kulit perut kita..
hanya perlukan beberapa titik jer...very economical yer mak mak gorjes semua..
yang penting kerajinan korang menyapu di perut..bagi suami tengok cantik berseri seri mencuba adalah satu usaha yang murni..tak gittuuu..bau pun harum sangat okeh..
seperti ada bau lemon..memang menyegarkan.



Price? Sangat2 Murah okky… 100ml hanya RM60.00 (SM) ; RM62.00 (SS)
Kelebihan Mommy Belly Oil :
- mengandungi kolagen
- mengekalkan bentuk badan selepas bersalin
- mengelak dari kulit pecah
- menghindar perut menggelebeh
- mengekalkan kasih suami
- menutup bau badan
- mengembalikan kesegaran kulit
- mengekalkan kelembapan kulit
- menghilangkan kesan parut


Di sini ada Tie selit kan tau betapa orang luar sana pun mengakui kehebatan penggunaan minyak kelapa dara ni dalam masalah Stretch Mark….hebat bukan?

Stretch Mark !!!!!! it's awful...how to cure ?
03/07/2012: Bri from Houston, Texas replies: "Extra Virgin Raw Coconut Oil is VERY good for stretch marks. I just started using it about two weeks ago and t's the best topical I've ever tried for my stretch marks. I also would recommend taking at least one or two tablespoons daily for even better results. Also, go out and purchase the roughest exfoliating tool that you can find and just go to town on the stretch marks until they are REALLY red and painful because in my experiance you need to do more than just apply oil. You need to assist your body by helping to physically remove the marks. Remember: no pain, no gain. And patience is key. The best tip I can give is to just get into a routine and don't stare at your marks everyday to see improvement because the change is too gradual to see and it will get you down. I had really deep stretch marks, they were horrible, but they are drastically improved. It's unreal how much better they look! I won't lie though, they aren't 100% gone but they are getting to that goal. You just have to keep at it. It has taken me over a year so far. I am not stopping until they're gone. This is war! "

So , Momies yang nak mencuba before ia becomes stretch marks yang sangat-sangat erghhh….. boleh la mencuba yea…Mommy Belly Oil yang berasaskan minyak kelapa dara… ;)

**************
Inginkan Tips Kecantikan persis artis? Cepat Langsing?
Inginkan Tips memperbanyakkan susu badan?
Inginkan Tips Kesihatan dan Set Bersalin dengan Mudah & Murah? Layari
https://www.facebook.com/SetBerpantangDanBersalin
http://setberpantangdanbersalin.blogspot.com/

CARA ORDER:
************
Pm,msg@whatsupp me :
016 3652308
ctroszaimah@gmail.com
Independent Distributor
ID No: 1071886

Friday 7 February 2014

SET BERSALIN BERPANTANG YANG MURAH & BERBALOI 2014

Assalamualaikum Momies...You Olls....;) Salam Jumaat yea....

Yang masih mencari Set2 Bersalin & Berpantang tue....boleh la singgah2 la di sini yea... 

Buat pengguna tegar Set Bersalin NR yang superb tuu.....dapat kan cara2 penggunaannya secara terperinci Set Bersalin NR yang sangat2 superb & famous... Once dah tahu cara2 penggunaanya secara menyeluruh baru la rasa berbaloi2 kan ...hihihi.... 

Dapat kan PROMOSI SET BERSALIN 2014 While Stock Lasts yea...!!!! Cepat2 Grab coz ramai yg kata this pakage sangat2 best & berbaloi2 ... 





Nak Loose items? Penggunaan luaran sahaja? Baru la rasa feel mood Berpantang & Bersalin kan Momies?  Hehehehe…Pastinya ada....

Bertungku – Tungku Herba..Tungku Besi..
Bertangas
Mandian Herba
Barut Baby
Tungku Baby
Lulur
Param
Pilis
Minyak Telon Baby
Minyak Urut
Minyak Herbanika NR yang superb

**************
Inginkan Tips Kecantikan persis artis? Cepat Langsing?
Inginkan Tips memperbanyakkan susu badan?
Inginkan Tips Kesihatan dan Set Bersalin dengan Mudah & Murah? Layari
https://www.facebook.com/SetBerpantangDanBersalin
http://setberpantangdanbersalin.blogspot.com/

CARA ORDER:
************
Pm,msg@whatsupp me :
016 3652308
ctroszaimah@gmail.com
Independent Distributor

ID No: 1071886