Wednesday 1 January 2014

Disebalik Susu Kambing

Assalamualaikum Momies… Macamana hari ni? Hari terakhir pada tahun 2013 yang sememangnya kita tidak akan berjumpa lagi kan tarikh ni? (sob..sob…tibe2 sayu & emo lak Tie yea…) hihi… Anyway, semoga tahun 2014 memberi lebih makna kepada kita semua kan…semoga kita terus menjadi insan & hambaNya yang lebih baik ..itu semestinya kan? InshaAllah….

Ok la..no emo..emo la..life must move on kan ? ok..arini tibe2 terpanggil untuk bercerite pasal kebaikan susu kambing… Y ? sebab Tie mengamalkan Sakura Truewhite Essences & product2 nya lain yang berasaskan Susu Kambing…hheheheh… Terpanggil untuk menulis ni sebab lately datang kepada Tie tentang Jaundice & sakit Eczema pada bayi & kanak2… sian kan? Ok la..ramai2 pun dah tahu kan..susu kambing banyak khasiatnya…susu kambing susu no 2 terbaik selepas susu ibu…minuman SUNNAH… kelebihan lain mungkin kita tak sure..jom check it out few here…


Info Berkenaan Susu Kambing
Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi. Ia juga sering dijadikan bahan membuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Industri komestik juga mengeluarkan produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun dan krim pencukur.
Penyelidikan : Pusat Maklumat Utusan

Kelebihan Susu Kambing
- Paling hampir dengan susu ibu.
Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik (minuman terbaik di dunia selepas susu ibu!!!!!)
- Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu
- Para 
Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah)
- Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila)
- Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu
- Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat
- Susu Kambing tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) =Penyebab Utama Alahan
- Kambing betina beranak 2 kali setahun, 1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor

- Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding kambing, setiap hari
- Susu kambing lebih mudah dihadam kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam

Khasiat Susu Kambing
Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit "dalaman" antara lain:

- Penyakit deman kuning
- Penyakit lemah jantung
- Penyakit darah tinggi
- Penyakit migrane/kerap merasa pening kepala
- Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang
- Penyakit batuk kering atau TB
- Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertitis
- Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut
- Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin
- Sesuai diminum diwaktu pagi (sebelum bersarapan) dan malam (sebelum tidur). Jangan guna air panas kerana boleh merosakkan khasiatnya. Bancuh dengan air suam sahaja

Kandungan Gizi Dalam Susu Kambing Lebih Tinggi Berbanding Dalam Susu Lembu
Ø       Protein 2.1 kali ganda lebih
Ø       Calsium 2.2 kali ganda lebih
Ø       Zat Besi 2.0 kali ganda lebih
Ø       Potasium 2.1 kali ganda lebih
Ø       Vitamin A3.8 kali ganda lebih
Ø       Garam Galian 2.0kali ganda lebih
Sifat Susu Kambing :
•   Rendah Laktosa
•   Tinggi Protein
•   Tinggi Kalsium
•   Tinggi Selenium
•   PH Alkali
•   Molekul Lemak Halus

Susu Kambing Adalah Yang Terbaik Selepas Susu Ibu
- Membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh
- Bersifat alkali bukan asidik
- Sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi dalam kandungan sampailah kepada orang tua
- Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan
- Mengimbangi kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah
- Mudah dicerna (menyerap dalam tubuh badan) dan tidak menyebabkan alahan
- Membantu melancarkan sistem penghadaman dan permasalahan usus
- Merawat dan menyembuhkan penyakit kanser, demam kuning, gastrik, ulser, buasir, asthma (lelah), migrain (sakit kepala), penyakit kulit (eczema), insomia (sukar tidur), senggugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gout
- Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf
- Memulihkan tenaga batin dan awet muda

SIAPA YANG MEMERLUKAN???

Untuk Orang Berumur – Kandungan kalsium dan potasium dalam susu kambing menolong mencegah osteoporosis atau kerapuhan tulang.

Untuk Perkembangan Bayi Dan Kanak-Kanak – Vitamin A dalam susu kambing menolong pembesaran bayi dan kanak-kanak serta zat galian yang terkandung dalam susu kambing boleh mengimbangkan metabolisma,membina tulang dan gigi serta menolong dalam pembinaan sel-sel darah dan tisu-tisu badan. Untuk pelajar pula, ia dapat menolong menajamkan fikiran dan fungsi otak

Untuk Sakit Puan – Pengambilan susu kambing yang kerap menolong wanita mengembalikan zat besi semasa kedatangan haid setiap bulan, kekurangan darah (anemia), penghamilan atau pendarahan semasa penghamilan serta pendarahan yang banyak selepas bersalin (pendarahan postpartum).

Untuk Pesakit Tuberculosis Dan Pesakit Dalam Pemulihan – Susu kambing membekalkan lemak sebagai pembakar dalam badan, protin untuk pertumbuhan otot, karbohidrat untuk tenaga dan zat zat galian untuk pembinaan badan.

Untuk Pembentukan Kulit Dan Produk Kecantikan - Susu kambing mengandungi asid Nikotinik yang boleh menolong dalam fungsi pengcernaan, meningkatkan kesihatan pada kulit dan kelihatan cantik dan berseri.

Untuk Rawatan Gastrik Ulser – Susu kambing mengawal sepenuhnya asid hidroklorik dalam perut, mengekalkan kekuatan pesakit dan meminimumkan ketegangan otot yang dijangkiti.

Untuk Kes-Kes Penyakit Kulit - M.D. Superintendent General Hospital Toledo di Ohio U.S.A., George Dermitt menggunakan susu kambing untuk kanak-kanak di hospital yang mengidap penyakit Eczema (kegatalan pada kulit) dan mendapat keputusan yang cemerlang…

Untuk Mengawal Metabolisma Kolestrol – Susu kambing mengandungi enzim, vitamin dan zat galian yang boleh menolong mengawal metabolisma kolestrol.

Untuk Mengawal Barah Dan Penyakit Kronik Yang Lain – Selenium yang wujud dalam susu kambing sebenarnya adalah mineral yang amat penting dalam melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara punca utama barah dan penyakit-penyakit kronik yang lain pada manusia.Dengan mengamalkan selenium setiap hari, peratus untuk mendapat penyakit-penyakt tersebut berkurangan sebanyak 37%.

Untuk Meringankan Penyakit Lain seperti: Asma, masalah hati, Radang sendi, Batuk, Rasa letih dan lesu, Ulser, Bau mulut, Tiada selera makan, Buasir, Sinus, Cirit birit dan Bronkitis.

SEJARAH TENTANG SUSU KAMBING

NABI ADAM A.S
Bermulanya human civilization (tamadun manusia) Habil dan Qabil menternak kambing dan ianya merupakan ternakan binatang pertama di dunia.

NABI IBRAHIM A.S
Merupakan penternak kambing yang agung.Terdapat 12,000 ekor anjing yang menjaga kambing-kambingnya. Berlaku peristiwa sedekah (kambing) yang terbesar dalam sejarah Islam.

NABI ISA A.S
Juga menternak kambing. Wujudnya Bani Israel – bangsa Yahudi (satu bangsa yang dikenali cerdik). Mengamalkan minuman susu kambing sehingga ke hari ini.

NABI MUHAMMAD SAW
Di antara jenis minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah SAW adalah susu kambing segar, yakni langsung diminum sesudah diperah dari kambing seperti dalam kisah Abdullah bin Mas’ud pada masa remaja, mengembala kambing milik Uqbah Mu’aith - Dipetik dari Tulisan Dr. Indah Kristanti-Alhikmah.com

PERISTIWA ISRAK & MIKRAJ
 Nabi Muhammad SAW telah disediakan dengan tiga jenis minuman oleh Malaikat Jibrail iaitu Arak, Madu dan Susu kambing. Baginda memilih susu kambing (Minuman yang terbaik di dunia selepas susu ibu).

Susu kambing adalah satu pengeluaran biologikal yang unik. Khasiatnya memang tidak dapat nafikan. Sudah menjadi satu tanggapan umum di seluruh dunia bahawa masalah kesihatan manusia boleh dibantu dengan khasiat penghadaman dan pemulihan dari susu kambing yang luar biasa. Tokoh seperti Cleopatra dengan sejarah mandian susu kambing dan Mahatma Gandhi memulakan hari dengan segelas susu kambing yang segar diikuti dengan segelas sebelum masuk tidur.

AMALAN PARA NABI DAN RASUL
Semua Nabi2 dan Rasul2 menjadi pengembala kambing..tentu ada Hikmah dan Fadilat yang besar pada binatang ternakan kambing,malah kambing merupakan binatang yang menjadi keenderaan kita di Syurga nanti. Jadi jika anda beriltizam dan beristiqamah menjadikan susu kambing ini sebagai minuman,tentunya kita mempraktikan salah satu Sunnah Rasulallah SAW, di samping itu tentu tinggi khasiatnya.

AMALAN SUNNAH
Tentu sebelum ini kita tidak tahu atau kita tidak perasan bahawa susu kambing ini adalah minuman Sunnah.Kalau kita meminum atau menjual secara tidak langsung kita mengingatkan orang bahawa susu kambing ini adalah minuman Sunnah yang telah ditinggalkan orang sebagaimana yang diriwayatkan dalam satu hadis dari "Abu Ubaidah bin Atoq, Rasulullah SAW bersabda bermaksud "Kambing merupakan binatang yg penuh Barakah yang ditinggal-tinggalkan orang".Oleh itu kita menghidupkan kembali Sunnah,disamping kita meminum atau menjual secara tidak langsung kita mendapat pahala (InsyaAllah).

DINASTI CHINA
2,500 tahun dahulu puteri-puteri Maharaja China mengamalkan minum susu kambing dan berendam dalam susu kambing untuk menjaga kecantikan mereka.

AGAMA HINDU
Masyarakat India dan penganut agama Hindu juga mengamalkan minum susu kambing bertujuan:
Ø      Meningkatkan Daya Ingatan
Ø      Ketahanan Badan
Ø      Amalan Perubatan


Wahhhhh…banyakkan khasiatnya?!?? ….Tie yakin susu kambing ni sebab ia pun minuman Nabi kita…pasti ada sebabnya & khasiatnya yg tersembunyi kan? InshaAllah…

Tak suke bau & rasanya? Hehehe ..opps!!!! SILAP yea…sekarang ni product berasaskan Susu Kambing telah dipelbagaikan rasa yea…heheh..malahan ada yang ditambah dengan khasiat2 lain yang tidak kurang hebatnya… Tiada langsung bau kambing ye..!!!Di bawah ni antara product2 yang superb yg Tie suggestkan & terbaik…boleh try….:)
if nak try boleh la pm2 me yea...

  • Susu Kambing Ultra Rich NR
    Merupakan produk terbaru jenama NR berasaskan susu kambing dan Zafaran. Susu kambing adalah makanan tambahan yang baik dan juga pemakanan sunnah yang diamalkan oleh Rasullullah S.A.W. Khasiat kebaikan susu kambing jenama NR ini diperkaya lagi dengan gabungan Zafaran atau Koma-koma yang merupakan khazanah alam termahal yang turut dikenali sebagai ‘emas padang pasir’ atau ‘gold of the desert’ menjadikannya makanan kesihatan harian yang terbaik untuk semua individu bagi tujuan pemeliharaan kesihatan dan kecergasan tubuh. 


  • Tepung Susu Kambing Higoat (Original)


  • Kopi Susu Kambing Higoat SpyHru (Gabungan Susu Kambing + Spirulina + Coffee terpilih + Creamer bukan tenusu + koko)  Pasti ia bukan sekadar Kopi Biasa yea!!!



  • Susu Higoat Premium (Gabungan Susu kambing + Madu + Kurma)


  • Susu Higoat Moganna Teh Tarik (Gabungan Susu Kambing + Ginseng + Teh Hitam + Garam Bukit + Durian Belanda + Cendawan Merah(Ganoderma) + Mengkudu )



  • Bagi kanak2 yang suka perasa Milo is Susu Higoat HiChoc (terdapat kandungan Omega 3 & Vitamin C)

  • Tablet Susu Kambing ~ ada 3 perasa (nutural, strawberry & chocolate)

See....dah pelbagai kan sekrang susu kambing dalam bentuk pelbagai rupa & perasa?... To all momies yang tips nak elakkan agar anak lahir nanti kena Jaundice(kuning) ..boleh la try minuman di atas ni yea... hihi... KHASIAT SUSU KAMBING tersangat la banyak kan?
ok daaa....Anything ..pm me yea...:)


Jom check it Out More here yea Wanna More About Susu Kambing !

*********************
Inginkan Tips Kecantikan persis artis? Cepat Langsing?
Inginkan Tips memperbanyakkan susu badan?
Inginkan Tips Kesihatan dan Set Bersalin dengan Mudah & Murah? Layari https://www.facebook.com/SetBerpantangDanBersalin
http://setberpantangdanbersalin.blogspot.com/
www.truewhite2u.com/ctedzreena

CARA ORDER:
************
Pm,msg@whatsupp me :
016 3652308
ctroszaimah@gmail.com
Independent Distributor
ID No: 1071886

No comments:

Post a Comment