Info bayi G6PD
G6PD (Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase)
merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah
manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila
terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.
Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah
satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan
kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi
lelaki. Ia secara am. Ditemui pada mereka yang mana ibu bapa mereka berasal
dari daerah yang pernah sering mengalami Malaria seperti Asia Tenggara, Afrika
dan juga Mediterranean.
Para ibu bapa tidak perlu risau jika anak
mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya.
Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang
boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. Dari segi yang lain, G6PD
boleh menjadikan penghidap, lebih kuat melawan penyakit Malaria.
Bagaimanakah G6PD diwarisi?
G6PD berlaku akibat mutasi (perubahan)
terhadap gen yang terdapat pada kromosom X, iaitu salah satu kromosom yang
menentukan jantina seseorang individu. Kromosom X secara tunggal dapat
diketemukan dalam sel-sel gamet seperti ovum atau sebilangan nukleus yang
terdapat dalam sperma. Oleh itu, kebanyakan pengidap kekurangan G6PD adalah
lelaki yang mempunyai padanan kromosom XY, manakala wanita yang mempunyai
padanan kromosom XX kebanyakannya adalah sebagai pembawa yang sihat sahaja.
Untuk seorang wanita yang mengidap kekurangan G6PD, kedua-dua kromosom X nya
perlu mengalami mutasi dimana keadaan seperti ini amat jarang berlaku.
Komplikasi:
Kebanyakan pengidap masalah kekurangan
G6PD biasanya jarang mengalami sebarang gejala atau kompilasi. Pada penghidap
yang terdedah kepada bahan-bahan tertentu seperti beberapa jenis antibiotik dan
ubat anti malaria, sel darah merah akan mudah terpecah dengan lebih awal dari
tempoh matangnya. Akibatnya pesakit akan mengalami gejala penyakit kekurangan
darah (anaemia) seperti pucat, sesak nafas, lemah dan tidak bermaya. Bagi bayi
yang baru lahir, mereka mungkin lebih mudah mendapt penyakit kekuningan di
seluruh wajah dan tubuh badan (Jaundice).
Diagnosis:
Ujian darah boleh dilakukan bagi
menentukan samaada individu pengidap kekurangan G6PD ataupun tidak. Pada masa
kini, ujian G6PD juga boleh dijalankan secara rutin sebaik sahaja seseorang
bayi itu dilahirkan.
Rawatan:
Pengidap kekurangan G6PD biasanya tidak
perlu dirawat melainkan dia telah menunjukkan simptom-simptom atau tanda-tanda
komplikasi. Sekiranya anda adalah pengidap G6PD, anda perlu perlu mengelakkan
sebarang perkara yang boleh menyebabkan sel darah merah pecah seperti memakan
kacang parang semasa mengandung, terdedah kepada ubat gegat dan meminum air
kosong dengan terlalu banyak melebihi sejag air dalam sesuatu masa dimana anda
tidak bersenam, tidak penat, tidak kehausan, dan tidak berasa kering akibat
pengambilan kadar gula atau nutrien yang tinggi pada sesuatu masa. Anda juga
harus memberitahu doktor anda tentang status G6PD setiap kali berjumpa doktor
anda kerana ada beberapa jenis ubat yang mungkin tidak membolehkan anda
mengambilnya.
Ubat
anti-malaria:
Status G6PD perlu diketahui sebelum anda
dibenarkan untuk mengambil ubat anti-malaria. Di kebanyakan pusat perubatan
awam pada masa kini, ujian saringan pengesahan kekurangan G6PD adalah
diwajibkan sebelum seseorang mengambil ubat anti-malaria untuk sebarang
aktiviti di kawasan tertentu seperti aktiviti di hutan, jungle tracking dan
lain-lain lagi. Oleh itu adalah penting untuk anda merancang setiap aktiviti
yang hendak anda jalani di kawasan hutan. Ianya perlu dimaklumkan ke Pusat
Kesihatan selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh aktiviti. Selain bertujuan
untuk menjalani ujian G6PD , dos pertama ubat anti malaria perlu diambil
seminggu sebelum tarikh aktiviti dijalankan.
Ujian G6PD tidak perlu dilakukan berulang
kali atau setiap kali apabila perlu mengambil ubat anti malaria. Sekiranya anda
telah tahu status G6PD anda adalah normal, anda hanya perlu mengambil ubat anti
malaria untuk kali ke-2 dan seterusnya tanpa menjalani ujian sekali lagi. Namun
anda perlu sentiasa berwaspada kerana apabila anda gagal ataupun menipu
mengenai status G6PD anda mungkin boleh mengalami komplikasi yang sukar untuk
anda kawal dan meredakannya.
G6PD
serang bayi lelaki???
Oleh Hanisah Selamat
Konsultan Kanak-kanak, Dr S Selvakumar,
berkata kekurangan G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit, ia adalah satu
fenomena keturunan (genetik) yang kebiasaannya dialami bayi lelaki.
Beliau berkata, pada dasarnya G6PD tidak
berbahaya tetapi jika ‘pantang larang’ dilanggar, proses hemolisis boleh
berlaku di dalam darah seterusnya memberi komplikasi seperti sesak nafas atau
pitam.
Katanya, walaupun dianggap perkara
lumrah, ibu bapa atau penghidap G6PD perlu berwaspada tambahan pula perpecahan
sel darah merah berikutan proses hemolisis yang teruk boleh membawa kepada
demam kuning, anemia atau buah pinggang rosak jika tidak mendapatkan rawatan
segera.
“Ibu bapa yang mempunyai anak penghidap
G6PD tidak perlu bimbang dengan tahap kesihatan bayi mereka. Seperti
kanak-kanak lain, mereka akan membesar secara normal tetapi kekurangan enzim ini
akan berlanjutan hingga mereka dewasa. Cuma pastikan mereka dijauhkan daripada
bahan yang boleh membawa komplikasi.
“Dari sudut penggunaan ubat,
sesetengahnya boleh mengundang bahaya seperti ubat gegat atau anti malaria. Ibu
bapa perlu memaklumkan kepada doktor mengenai kekurangan enzim ini bagi
memudahkan pemberian ubat terutama ketika bayi mereka demam atau sebagainya.
Antara makanan yang perlu dijauhi pula kacang parang.
“Tanda utama yang boleh dikesan jika bayi
terdedah kepada benda larangan ialah kencing berdarah. Darah yang pecah itu
serta merta akan tersumbat di saluran kencing. Ibu bapa perlu segera membawa
anak ke hospital bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk,” katanya.
Dianggarkan, kira-kira 10 peratus
daripada populasi penduduk dunia mengalami kekurangan enzim G6PD namun
sebahagian besar terdiri daripada masyarakat kulit hitam, Itali, Greek serta
Asia dan uniknya ia dikenali sebagai ‘sex-linked enzyme defect’ apabila sering
dihadapi bayi lelaki.
Selalunya kekurangan enzim ini diketahui
sebaik saja bayi dilahirkan. Contoh darah mereka akan diambil untuk dianalisis
bagi mengetahui jenis darah, kekurangan G6PD, tahap bilirumin dan sebagainya.
Antara tanda awal, bayi yang mengalami G6PD akan mendapat jaundis (demam
kuning) yang agak lama pada hari pertama kelahiran lagi.
“Apabila meningkat dewasa, seseorang yang
mengalami kekurangan enzim G6PD biasanya dibekalkan ‘rantai perubatan’ yang
menandakan pemakainya kekurangan G6PD. Ia membantu sekiranya berlaku kecemasan
sekali gus membolehkan doktor memberikan rawatan bersesuaian,” katanya.
Kenapa
lelaki?
Ketidaknormal gen bertanggungjawab
terhadap kekurangan enzim ini yang biasanya mensasarkan kromosom X. Disebabkan
lelaki hanya mempunyai satu kromosom X, mereka lebih berpotensi mengalaminya
berbanding bayi perempuan yang mempunyai dua kromosom X. Apabila satu mengalami
kekurangan enzim, satu lagi normal menjadikan enzim perempuan lebih seimbang.
Begitupun, G6PD mempunyai beberapa tahap bergantung kepada peratusan kehilangan
enzim terbabit.
Dari segi perubatan, ia bukan penyakit
dan semestinya tiada ubat untuk kekurangan enzim ini. Seperti perkara yang
membabitkan genetik lain, contohnya warna rambut atau anak mata, G6PD juga
tidak akan berubah malah akan dialami seumur hidup. Sementara itu, darjah
ketinggian proses hemolisis pula mengikut kadar pendedahan kepada ubat-ubatan
tertentu seperti primaquine dan hydroxychloroquine (anti malaria),
sulfonamides, ubat gatal dan dapsone. Jika termakan kacang parang pula, ia
boleh menyebabkan demam, sakit belakang, pening dan menggeletar selain
pneumonia.
Larangan: !!!!!!
# kacang parang
# ubat gegat
# anti malaria
# ubat gatal
# sulfonamides
# dapsone
Serangan:
# sesak nafas
# pitam
# demam
# sakit belakang
# pening
# menggigil
# pneumonia
Tanda:
# kencing berdarah
# kuning
Rujukan:
1)http://dyhazol.blogspot.com/2010/11/fakta-g6pd-pada-bayi.html
2)Berita Minggu 3 September
2006
*********************
Inginkan Tips Kecantikan
persis artis? Cepat Langsing?
Inginkan Tips
memperbanyakkan susu badan?
Inginkan Tips Kesihatan dan Set Bersalin dengan Mudah & Murah? Layari https://www.facebook.com/SetBerpantangDanBersalin
http://setberpantangdanbersalin.blogspot.com/
Inginkan Tips Kesihatan dan Set Bersalin dengan Mudah & Murah? Layari https://www.facebook.com/SetBerpantangDanBersalin
http://setberpantangdanbersalin.blogspot.com/
CARA
ORDER:
************
Pm,msg@whatsupp me :
☎ 016 3652308
✉ ctroszaimah@gmail.com
Independent Distributor
ID No: 1071886
No comments:
Post a Comment