Ia Dikatakan Petua Orang Lama Yang Masih Boleh Dipertimbangkan....
Pilihan
1: Amalkan memakan jantung pisang celur. Jantung pisang yang dicelur enak
dimakan dengan sambal belacan. Ia bukan sahaja sedap malah ia membantu menambah
susu ibu.
Pilihan
2: Kikis lobak putih dan parut. Campur lobak putih dengan 1 gelas air panas dan
biarkan sehingga suam. Minum 2 kali sehari.
Pilihan
3: Daun betik memang enak dibuat ulam walaupun rasanya sedikit pahit. Cicah
dengan sambal belacan. Ia berupaya menambah susu badan.
Pilihan
4: Longan yang kering yang biasa boleh didapati di kedai singseh elok
diamalkan. Rebus longan kering dalam anggaran 1 cawan kecil dengan beberapa
cawan air (3 - 4 cawan air) dan biar sehingga longan tersebut kembang. Minum
air rebusan tersebut.
Pilihan
5: Daun sirih boleh menambah susu ibu yang sedikit dan kurang lancar. Ambil
daun sirih dan sapu dengan minyak kelapa. Layurkan daun tersebut pada api dan
tekap pada sekeliling payudara anda.
Pilihan
6: Semakin kerap anda menyusukan bayi, semakin banyak susu yang akan terhasil.
Galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan hingga 10 hingga 12 kali
atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin menghasilkan
lebih banyak susu.
Pilihan
7: Orang Melayu lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Antara
jenis makanan yang dipercayai dapat menambah susu ialah ulam-ulaman seperti
cekur manis, pegaga, peria, ulam raja, turi, betik, jantung pisang batu dan
lobak putih.
Pilihan
8: Rempah halba boleh menambahkan pengeluaran susu. Cuci halba dengan sempurna
dan keringkan. Kemudian, simpan dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba
setiap hari.
Pilihan
9: Jintan hitam juga boleh menambahkan pengeluaran susu. Cara pengambilannya
sama seperti halba.
Pilihan
10: Anda perlu minum air sehingga 8 gelas sehari. Yang paling penting anda
perlu minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain daripada air kosong,
anda juga boleh mengambil minuman lain seperti susu dan air kacang soya.
Pilihan
11: Kerap melakukan urutan payudara ketika sedang mandi atau beberapa kali
sehari. Lebih afdal jika anda meminta suami anda urutkan. Di samping itu,
perhatikan diet anda. Jangan memakan makanan segera atau minuman berkafein. Ia
tidak sihat untuk ibu dan bayi. Amalkan lebih banyak memakan buah-buahan dan
sayur-sayuran.
Pilihan
12: Kisar buah sengkuang dan rebus dengan sedikit gula. Minum air sengkuang
selalu.
Pilihan
13: Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api
sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payudara anda. Amalkan setiap hari.
Pilihan
14: Ambil bunga melur dan giling hingga halus. Tampalkan padal sekeliling
payudara anda di waktu pagi sebelum mandi.
Pilihan
15: Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut
hendaklah diminum 2 atau 3 kali sehari
Pilihan
16: Ambil 2 kelopak daun kobis bulat dan tekap pada payudara anda. Anda juga
boleh lenyek-lenyekkan kelopak daun kobis bulat tersebut dan tampalkan pada
payudara. Petua ini juga boleh mengurangkan bengkak susu semasa dalam pantang.
Pilihan
17: Bubur kacang hijau dicampurkan dengan beras merah baik untuk memperbanyakkan
air susu badan serta memekatkan susu ibu.
Pilihan
18: Ambil daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus. Amalkan memakannya
bersama nasi.
Pilihan
18: Ambil petola, bayam dan daun turi . Masak lemak manis dan amalkan selalu
sewaktu makan tengah hari.
Pilihan
19: Sayur bendi dibuatkan sebagai ulam dan cicah dengan sambal.
Sumber
: SAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA
**************
Inginkan Tips Kecantikan persis artis? Cepat Langsing?
Inginkan Tips memperbanyakkan susu badan?
Inginkan Tips Kesihatan dan Set Bersalin dengan Mudah & Murah? Layari https://www.facebook.com/SetBerpantangDanBersalin
http://setberpantangdanbersalin.blogspot.com/
www.truewhite2u.com/ctedzreena
CARA ORDER:
************
Pm,msg@whatsupp me :
☎ 016 3652308
✉ ctroszaimah@gmail.com
Independent Distributor
ID No: 1071886
Inginkan Tips Kecantikan persis artis? Cepat Langsing?
Inginkan Tips memperbanyakkan susu badan?
Inginkan Tips Kesihatan dan Set Bersalin dengan Mudah & Murah? Layari https://www.facebook.com/SetBerpantangDanBersalin
http://setberpantangdanbersalin.blogspot.com/
www.truewhite2u.com/ctedzreena
CARA ORDER:
************
Pm,msg@whatsupp me :
☎ 016 3652308
✉ ctroszaimah@gmail.com
Independent Distributor
ID No: 1071886
No comments:
Post a Comment