Monday 27 May 2013

Set Bersalin Nona Roguy (NR) - Penggunaannya Terperinci





Set Bersalin Nona Roguy (NR)

Member Price : RM300.00
Normal Price  : RM365.00

OFFER!!! RM310.00 (+ Free Bengkung Zig Zag (RM50.00))
< JIMAT RM105.00 >

Herbanika Set Bersalin dari Nona Rogut adalah Rumusan tradisional daripada Nona Roguy (NR) yang disediakan istimewa untuk ibu-ibu berpantang ,kesihatan bersalin dan kecantikan. Ianya juga sesuai untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan selepas habis tempoh berpantang. Sesuai digunakan samada bersalin secara normal atau pembedahan.

Kini, tradisi ini diperturunkan dalam bentuk yang amat mudah digunakan dan dapat diamalkan oleh semua org untuk amalan kesihatan dan kecantikan badan. Berbekalkan rumusan herba-herba asli daripada khazanah hutan hujan tropika dan petua serta adat resam dahulu yang tidak harus dilupakan, rangkaian herba Nona Roguy (NR) diproses melalui penggunaan mesin-mesin termoden dengan taraf piawaian dan ketetapan yang telah ditentukan oleh kerajaan..


Produk yang terdapat dalam Rangkaian Herbanika Bersalin (6 item):
  1. PhytoNatal  - Dalam bentuk tablet untuk dimakan (90biji)
  2. Akar Herbanika – Dalam bentuk paket dan perlu dicampur air untuk diminum (10paket)
  3. Minyak Herbanika – Minyak sapuan pada perut, pinggang dan belakang.(100ml)
  4. Herbanika Barut Krim – Sapuan pada perut dan pinggang.(60gm)
  5. Uncang Cuci Herbanika – Untuk jagaan kebersihan dan kesegaran wanita.(10paket)
  6. Herbanika Lulur – Untuk menyental kulit, kehalusan dan kebersihan kulit.(100gm)



Kebaikan:
  1. Terbukti berkesan untuk menurunkan berat badan.
v                  Set ini melawaskan pembuangan air besar dan menyingkirkan timbunan lemak air yang berlebihan supaya berat anda turun dengan lebih cepat dan teratur.
v                  Ia juga mempercepatkan penyembuhan luka jahitan supaya ibu terhindar dari risiko jangkitan kuman di samping membantu melancarkan dan memperbanyakkan pengeluaran susu ibu.
  1. Mudah dipakai waktu berpantang
v                  Ubat yang terkandung dalam Set Bersalin NR adalah dalam bentuk yang lebih moden seperti tablet, pek uncang dan juga krim supaya mudah digunakan sewaktu bersalin dan boleh disediakan sendiri.
  1. Hanya menggunkan herba yang berkualiti
v                  Mutu dan khasiat herba di saring dengan proses pengilangan yang ketat supaya ibu yang baru bersalin dapat pemulihan secara total.
  1. Selamat di makan.
v                  Set Bersalin NR juga diluluskan oleh Kementerian Kesihatan. Ini supaya kesihatan ibu yang baru bersalin adalah terjamin dari sebarang kesan sampingan yang boleh memudaratkan ibu dan bayi.
  1. Set Bersalin yang lengkap
v                  Set Bersalin NR lengkap dengan rawatan luaran dan dalaman supaya anda tidak perlu pening kepala memikirkan apa barang yang patut anda ada semasa berpantang.
  1. Barangan penjagaan bersifat dwi-fungsi
v                  Tidak seperti set bersalin yang lain, barangan yang terdapat di dalam Set Bersalin NR adalah pelbagai guna. Contohnya Minyak Herbanika boleh digunakan sebagai minyak urut, pengganti pilis, ubat luka dan penyegar kepala dari rasa pening.

Order & Enquiries:
Email: ctroszaimah@ymail.com
FB: Set Berpantang dan Bersalin
SMS/WhatsApp/LINEchat/WeChat: 016 365 2308
Website: setberpantangdanbersalin.blogspot.com








·         PhytoNatal
Digunakan secara traditional untuk menguatkan badan dan mengurangkan berat badan selepas bersalin.
Bersalin Normal mula pada Hari ke-4 dan Bersalin Caesaran (Pembedahan) mula pada Hari ke-7.

Khasiat:
Ø                  Membersihkan rahim, mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor dalam badan.
Ø                  Melawaskan pembuangan air kecil & besar, mengatasi masalah sembelit, kepenatan, migrain dan mengatasi “Angin Meroyan” serta “Murung”.
Ø                  Menyegarkan fungsi rahim serta memperbanyakkan dan mengeluarkan susu ibu dengan lancar.
Ø                  Mengurangkan berat badan dan menguatkan otot-otot badan. Mempercepatkan pengecutan rahim dengan melancarkan darah nifas dan membantu mengekalkan kecantikkan bentuk badan yang sihat, mantap serta menyerikan wajah.

Cara Guna PhytoNatal:
ü                  Kelawasan biasa – makan 2 @ 3 biji 1 kali sehari
ü                  Terlalu lawas (Sensitif) – makan 1 @ 2 biji 1 kali sehari.
ü                  Tidak lawas (Sembelit) – makan 3 @ 5 biji 1 kali atau 2 kali sehari.

Note: Disyorkan pengambilan pada setiap waktu pagi (selepas sarapan) untuk melawaskan pembuangan air besar anda pada sebelah awal petang bagi tidak mengganggu waktu tidur anda.






·         Akar Herbanika
Digunakan secara traditional untuk menambahkan khasiat pemakanan terutama ibu-ibu selepas bersalin, bagi menguatkan dan menyegarkan anggota badan, juga digunakan secara traditional bagi lelaki dan wanita untuk mengurangkan air berlebihan dalam badan dengan melawaskan pembuangan air kecil, membantu mengurangkan berat badan, keletihan dan sakit-sakit sendi.
Pemakanan yang seimbang dan senaman perlu diamalkan.

Khasiat:
Ø                  Menyegarkan urat saraf, mengurangkan keletihan serta sakit sendi, memecahkan lemak yang degil dan juga mengawal bau badan.
Ø                  Membantu pengeluaran susu yang baik dan pekat.
Ø                  Melawaskan pembuangan air kecil dan mengurangkan air yang berlebihan dalam badan.

Cara Guna Akar Herbanika :
ü                  Rebus 1 paket uncang Akar Herbanika dengan sukatan 1 liter air sehingga keluar pati teh herba.
ü                  Campur 1 sudu teh Madu Lebah Asli sebagai penawar & sumber tenaga.
ü                  Minum suam-suam panas untuk 3 @ 6 cawan sehari.
ü                  Jika berpenyakit Kencing Manis, minum tanpa Madu Lebah.
ü                  Jika mengalami lebihan angin dalam badan, didihkan 2 -3 paket uncang Akar Herbanika bersama-sama halia tua dalam 1 liter air. Tambahkan Madu Lebah Asli. Minum ketika suam-suam.
ü                  Boleh disimpan di dalam termos untuk mengekalkan kepanasannya.
ü                  Paket uncang boleh diulangi rebus beberapa kali selama beberapa hari sehingga cair barulah diganti dengan yang uncang baru.





·         Minyak Herbanika (~~)
Digunakan secara traditional untuk kesegaran ibu-ibu dalam pantang bersalin, menguatkan otot perut dan payudara, mengurangkan regangan kulit perut akibat mengandung, melegakan batuk dan sakit anggota badan, sakit otot dan sendi, melancarkan peredaran darah dan mengurangkan kahak.

Khasiat:
Ø                  Melegakan serta mengatasi sakit-sakit sendi dan otot-otot.
Ø                  Memecahkan angin dan lendir yang terkumpul di sendi-sendi.
Ø                  Menyegarkan urat saraf dan otot-otot yang lemah dan kulit-kulit badan dan payudara yang kendur.
Ø                  Minyak pelembab melembut dan menegangkan kembali kulit perut yang kendur, lembik dan pecah-pecah berjalur.
Ø                  Melicinkan peredaran darah dan mengeluarkan angin melalui liang-liang roma badan.

Cara Guna Minyak Herbanika:
Gunakan Minyak Herbanika sebelum menggunakan Herbanika Barut.

Sapuan Minyak Herbanika untuk Bersalin Normal dan Pembedahan(Caesarian) di Wad:
ü                  Selepas keluar dari Bilik Bersalin ke dalam Wad – Gosokkan Minyak Herbanika dengan tipis ke bahagian sulit, kepala serta tengkuk dan bahu. Ikat rambut dengan rapi.
ü                  Ini membantu untuk meredakan ketegangan urat saraf di kepala,leher dan tengkuk semasa proses peneranan melahirkan anak dan melegakan bagi yang melahirkan secara “Caesar”
ü                  Sapurata Minyak Herbanika ke bahagian perut, ari-ari(kecuali bahagian “pembedahan”) ,tundun sulit, peha, celahan peha, pinggul, pinggang, lutut, belakang lutut,betis dan tapak kaki. Pakaikan stoking.
ü                  Ini membantu melembutkan urat saraf dan otot yang tegang (semasa peneranan berlaku) atau kurang pergerakan (semasa proses pembedahan) dan membantu melancarkan peraliran darah.

Bersalin Secara Normal:
ü                  Tuangkan Minyak Herbanika ke bahagian sulit (biar minyak mengalir ke celahan sulit dan ke bahagian “episiotomi”/luka jahitan) dan tuangkan ke atas pad/tuala sanitari. Pakai dengan selesa.
ü                  Ini membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan, memecahkan pengumpulan angin di usus serta rahim dan mengecutkan rahim secara luaran.
ü                  Untuk kegunaan Bengkung(barut)- gunakan Minyak Herbanika sebelum menggunakan Herbanika Barut.
ü                  Sapu Minyak Herbanika di pinggang, perut, bahagian ari-ari dan celah-celah peha. Sangat mujarab digunakan untuk urutan.
ü                  Boleh guna bengkung (jika perlu) , ikat biar selesa.

Bersalin Secara Pembedahan (caesarean):
ü                  Gunakakan Minyak Herbanika ke atas pad/tuala sanitari. Pakai dengan selesa.
ü                  Untuk kegunaan Bengkung (Barut) -gunakan Minyak Herbanika sebelum menggunkan Herbanika Barut.
ü                  Selama sebulan – hanya sapu Minyak Herbanika ke bahagian abdomen atas dan bawah, belakang serta bahagian pinggul dan gunakan kain barut atau bengkung untuk membarut bahagian-bahagian tersebut. Ia sangat mujarab digunakan untuk urut.


Bengkak Payudara
§                     Urut Minyak Herbanika ke kawasan payudara dan dengan lembut tekan puting untuk mengeluarkan susu.
§                     Jika bengkak, rendamkan tuala kecil ke dalam air panas dan letakkan ke kawasan bengkak. Ulang sehingga payudara lembut.
§                     Keringkan dan pakai semula Minyak Herbanika di payudara.
§                     Bersihkan putting sebelum menyusu.





·         Herbanika Barut Krim
Digunakan secara traditional untuk mengencangkan kembali otot-otot perut terutama bagi wanita selepas bersalin. Juga digunakan untuk membantu melegakan sakit sendi dan otot.
Bagi Kelahiran Normal pada Hari ke-4 sehingga 44 Hari (Disyorkan selama 60 Hari) dan bagi Kelahiran Caesar (Pembedahan) pada Hari ke-15 sehingga 44 Hari (Disyorkan selama 60 Hari)

Khasiat:
Ø                  Mengecutkan rahim, mengeluarkan darah nifas dan kotoron dari rahim.
Ø                  Mengembalikan kesegaran kulit perut yang lembik dan mengurangkan kedutan.
Ø                  Mengatasi parut dan jalur pada perut.
Ø                  Mengempiskan perut yang buncit serta merampingkan pinggang.

Cara Guna Herbanika Barut Krim:
ü                  Picit sekurang-kurangnya 2 inci Herbanika barut Krim dan digunakan 2 kali sehari pada sebelah pagi selepas mandi dan pada sebelah malam (sebelum tidur).
ü                  Sapu terlebih dahulu Minyak Herbanika pada bahagian perut serta pinggang diikuti kemudiannya dengan penggunaan Herbanika Barut Krim sebagai sapuan keseluruhan perut, ari-ari, pinggang, pinggul serta peha.
ü                  Kemudian ikat dengan menggunakan Bengkung (Barut).
ü                  Pastikan Bengkung (Barut) dari paras bawah payudara sehingga melepasi atas peha bagi mendapatkan bentuk badan yang ramping, tidak kembang, kemas dan mantap.
ü                  Gunakan Bengkung dari waktu pagi sehingga lewat petang. Bukakan Bengkung untuk amalan cucian atau cebuk bahagian sulit atas bersediakan diri untuk waktu malam.
ü                  Sapu semula seperti di atas dan gunakan Bengkung semalaman. Sangat berkesan untuk mengatasi perut lembik , besar, buncit, menggeleber, kembang dan kendur. Ia membantu mengempiskan serta mengejabkan perut, merampingkan pinggang, mengatasi jaluran serta parut pada kulit dan mengecutkan rahim secara luaran dengan membantu melancarkan peraliran nifas serta darah busuk dari saluran rahim. Ia juga dapat mengatasi pembengkakan luaran anggota badan.



·         Uncang Cuci Herbanika
Digunakan secara traditional sebagai air cebok untuk kebersihan kesihatan dan kesegaran wanita untuk melegakan keputihan dan gatal-gatal ringan.

Khasiat:
Ø                  Mengatasi masalah gatal-gatal di tempat sulit, penyakit kulit, buasir dan mengeringkan luka bekas jahitan.
Ø                  Sesuai untuk masalah buasir, hydroterapi dan compress.

Cara Guna Uncang Cuci Herbanika:
ü                  Rendam 2 Uncang Cuci Herbanika dalam ½ liter air panas mendidih.
ü                  Biarkan warna air bertukar kepada kekuningan herba.
ü                  Boleh memasukkan 2 sudu besar garam ke dalam air herba.
ü                  Tekankan paket agar keluar pati herba yang pekat.
ü                  Kemudian masukkan sedikit air biasa supaya panasnya tidak melecurkan kulit.
ü                  Guna airnya untuk mencebok atau menggunakan kapas untuk mencuci alat peribadi dan luka jahitan anda.
ü                  Kesat kering. Sapukan Minyak Herbanika ke bahagian luka jahitan “episiotomi” dan tuangkan ke Minyak Herbanika ke atas pad/tuala sanitari anda.
ü                  Boleh diamalkan pada setiap pagi, petang dan malam.
ü                  Uncang Cuci Herbanika boleh direbus bersama Daun Sireh, Inai, Daun Pandan, Serai Wangi, Halia Tua, Halba dan Garam untuk dijadikan “Mandian Herba” Ibu Bersalin selama 14 hari atau 30 hari sehingga 44 hari.




·         Herbanika Lulur
Digunakan secara traditional sebagai penyental kulit untuk mengurangkan bintik-bintik hitam, untuk kehalusan, kesihatan dan kebersihan kulit.

Khasiat:
Ø                  Mengatasi masalah bias-bisa dan kebas-kebas badan, sendi dan otot-otot seperti rheumatism, arthiritis dan vena varikos dan peluh berbau.
Ø                  Memecahkan lemak serta lender yang degil dan mengembalikan kepejalan badan.
Ø                  Menegangkan semula payudara yang kendur dan lembik.
Ø                  Mengecutkan bengkak-bengkak yang disebabkan oleh angin lendir di otot, urat saraf serta urat timbul.
Ø                  Penyegar dan penyental kulit daripada daki mati, parut hitam, parut bersalin, jeragat hitam, kulit kasar dan berjerawat.

Cara Guna Herbanika Lulur:
ü                  Sebelum mandi, duduk atas tikar atau plastik dan mulai lulur seluruh badan seperti berikut :
ü                  1 @ 2 sudu besar Herbanika Lulur dicampur dengan air panas suam.
ü                  Sapurata ke seluruh badan, lakukan “gosokkan” atau lulur semasa ia separa kering sehingga bersih. Elakkan lulur di bahagian payudara serta perut secara kasar atau menyental. Lakukan dengan lembut dan berhati-hati. Elakkan lulur di bahagian puting payudara yang berkulit “sensitive” akibat penyusuan.
ü                  Mandi dan bilas dengan bersih (gunakan Mandian herba untuk badan anda).
ü                  Sapu kaki dan tapak kaki dengan air dan pakai stoking yang tipis.
ü                  Ulang amalan “lulur” ini setiap hari selama 30 -44 hari untuk mendapat kesan yang baik.

*****     If nak loose items mana2 & apa2 pun under products NR pun boleh yea...
******   Untuk PROMOSI Set Bersalin boleh singgah Check It Out Promosi Set..yuhuuu!

**************
Inginkan Tips Kecantikan persis artis? Cepat Langsing?
Inginkan Tips memperbanyakkan susu badan?
Inginkan Tips Kesihatan dan Set Bersalin dengan Mudah & Murah? Layari
https://www.facebook.com/SetBerpantangDanBersalin
http://setberpantangdanbersalin.blogspot.com/

CARA ORDER:
************
Pm,msg@whatsupp me :
016 3652308
ctroszaimah@gmail.com
Independent Distributor
ID No: 1071886