Thursday 18 July 2013

Bertangas

Assalamualaikum…..Hello Moms…..macamna puasa? Ok lagi? Huhuh….kejap je kan dh masuk Ramdhan – 9! Cepatkan..?Alhamdulilah….
Entry kali ni nak tanya kalian ttg Bertangas? Yo all pernah dengar? Ada amalkan especially time pantang? Bertangas ni boleh diamalkan sebulan sekali atau time berpantang tau…;)

Actually Tangas ni ada mcm2 jenis tangas…Tangas Kering, Tangas Basah, Tangas Rempah, Tangas Duduk…tapi kita amik yang lazim n popular org lain buat la yea….. ~~ naik pening & nak faham satu2 jenis Tangas ni….hihihihi ;(


Antara Kebaikan Bertangas ialah:
  • Rawatan bagi wanita hamil selepas bersalin
  • Mengatasi masalah keputihan dan alahan vagina
  • Merapatkan pintu rahim
  • Mengetatkan otot vagina (berkemut)
  • Mengurangkan masalah bau dan lendir busuk yang keluar dari saluran vagina
  • Menjadi mahkota wanita sentiasa muda
  • Mengeluarkan toksin dalam badan
  • Memecahkan lemak dan selulit
  • Membantu mengurangkan masalah berat badan
  • Memberikan kepuasan kepada suami

Disebabkan sekarang ni pemakanan yang tidak seimbang, termasuk kurangnya penjagaan diri, menyebabkan ramai antara kita mengalami masalah pada bahagian pada bahagian sulit. Yang lazimnya & popular tangas yang dilakukan ialah Tangas Kering & Tangas Basah…

ü       Digalakkan buat selepas mandi yea.......

ü       Bertangas dibuat dengan selubung seluruh badan dengan kain dari paras leher ke paras lantai agar wap tangas meneluruh kena pada badan yea……

  1. Bertangas Kering
    • Dikeali juga sebagai Bertangas Herba.
    • Hanya menggunakan batu sungai yang dipanaskan dan diletakkan ramuan tertentu.
    • Rawatan ini dilakukan selepas hari ke -30 bersalin selama 10 hari berturut-turut apabila darah       nifas telah kering (stop) or hamper habis yea…
    • Jika selepas haid boleh dilakukan selepas hari ke-6 selama 3 – 7 hari…boleh la buat sebulan sekali lepas ni….

  1. Bertangas Basah
·         Bertangas Basah pula menggunakan ramuan rempah ratus dan herba yang direbus.
·         Untuk mereka yang bersalin , mula rawatan selepas hari ke – 40 iaitu selepas tangan kering sebaik2nya dan dilakukan sehingga 100 hari.
·         Untuk selepas haid, dilakukan selepas tangas kering juga sebaik2nya.
·         Amalan ini dapat menghasilkan daya kelembapan kuit yang mantap dan kejab di bahagian alat sulit. Ia juga dapat mengelakkan kelesuan kulit dan bau badan.
·         Ketika rawatan bertangas basah, amalkan senaman kemutan otot rahim untuk kekuatan otot saluran sulit dan rahim.


Nak Pakai apa ek untuk bertangas?  Ada set dia…tapi mahal la…satu set lengkap mcm gambar bawah ni dalam RM400.00 ..~~eeeeeeeeghhhh



But, Don’t worry, kita amik yang moreeeee traditional skit…hihiih…amik je kerusi yang lubang2 ni…suruh la hubby tebuk lubang yang tengah2 tu besar skit….baru dalam RM40+ kan…hihihi….


Cara Menyediakan Tangas Kering:


1.        Panaskan batu sungai atau batu tanah liat di atas dapur sehingga betul-betul panas.
2.       Sediakan 1 sudu besar kunyit hidup yang telah ditumbuk, 1 sudu besar jintan hitam, 1 sudu besar halba, 1 sudu besar garam kasar dan ½ cawan perahan air limau nipis….bahan2 ni disyorkan sebb ia senang diperolehi di dapur kan….. Kepada yang bertangas untuk masalah sakit puan, boleh mencampurkan 3 biji manjakani yang telah ditumbuk, inai yang ditumbuk & 9 keping asam gelugor.
3.       Campurkan kesemua bahan sehingag sebati
4.       Alaskan daun sireh dalam mangkuk tanah.
5.       Masukkan batu tungku yang tekah dipanaskan ke dalam periuk tanah.
6.       Letakkan campuran bahan yang telah dibancuh tadi ke atas batu tungku yang panas itu…
7.       Inilah rupa batu tangas untuk Bertangas kering yang telah siap…….;)
8.       Ketika duduk di atas bangku tangas dengan wap/asap panas yang keluar, lakukan latihan kemutan supaya wap tangas dapat masuk ke system peranakan. Sesi ini dilakukan dalam 15 – 20 minit iaitu sehingga hilang panasnya.

     

Cara Menyediakan Tangas Basah:

1.        Ambil 1 Uncang Cuci Herbanika (NR) dan rendam di dalam air panas..~nak masak rebuskan pun boleh yea….
2.       Tutup bekas dan tunggu sehingga uncang cuci kembang dan mengeluarkan warna seperti teh O.
3.       Apabila dah bertukar warna dan menggelegak diangkat periuk tanah tersebut dan diletakkan dalam bangku tangas.
4.       Tuangkan Minyak Berubat Herba (NR) ~~ yang warna purple tuuuuu….siappp!
5.       If dah settle sesi wap2 panas ni, amik air lebihan rebusan @ rendaman ni dan tuangkan dan jadikan sebagai air pencuci (bercebok)…jangan buang lak yea….

p/s:
·         Untuk Bertangas kering boleh juga guna pasu bunga orkid & alaskan aluminium foil.
·         Tangas Kering dan Tangas Basah ada beza. Tangas Kering bagus untuk wanita yang berlebihan air dan Tangas Basah bagus untuk wanita yang kekurangan air spt yang berusia 40an @ hampir menopause.


 Ada 3 cara bertangas yang boleh dipilih mengikut keselesaan kalian ok…..:


                                    

                                                                    
Cara Bertangas A:

1.                   Alat yang diperlukan : Mangkuk Jamban, Suratkhabar yang tebal.
2.                  Masukkan dan ratakan surat khabar di dalam mangkuk jamban.
3.                  Letakkan mangkuk bertangas. Ambil Uncang Cuci Herbanika (NR), toskan dan simpan di dalam freezer. Uncang ini boleh digunakan kembali sehingga hilang warna dan bau.
4.                  Duduk dengan rapi di atas mangkuk jamban. Tapi pastikan ketika duduk, paha kita di bahagian dalam mangkuk dengan keadaan bahagian faraj terbuka untuk menerima wap panas dari rebusan tangas.
5.                  Tutup dari pinggang ke bawah dengan tuala besar.
6.                  Tarik nafas dan buat senaman kemutan selama 10 kali sebelum melepaskan nafas. Ulang 3 kali dan rehat 30 saat. Dan ulang kembali senaman kemutan. Lakukan sehingga selama 15-20 minit.

7.                  Setelah selesai, bilas faraj dengan air rebusan daun sireh atau dengan Barra Gel (NR) dan buat rawatan meruang dengan Minyak Berubat Herba (NR).




Cara Bertangas B:
1.        Bahan2nya: 1 Baldi Besar (yang muat2 punggung kita), 1 bekas untuk tinggikan bekas tangas.
2.       Letakkan mangkuk tangas ke dalam baldi dengan keadaan yang tinggi sedikit.
3.       Duduk di atas baldi.
4.       Tutup dari pinggang ke bawah dengan tuala yang tebal dan besar.

5.       Buat senaman kemutan seperti disyorkan di atas selama 15-20 minit. Setelah selesai basuh dengan air rebusan daun sireh atau dengan Barra Gel (NR) dan ruangkan kewanitaan dengan Minyak Berubat Herba (NR)..



Cara Bertangas C:
1.        Bahan2nya: Kain Batik (dipakai), 1 Bangku Plastik yang berlubang di tengah2nya, 1 Baldi untuk dibuat pangkin.
2.       Letakkan bekas tangas di atas baldi pangkin dan letakkan kerusi plastic di atas bekas tangas.
3.       Duduk dengan keadaan kain batik diletakkan menutupi bangku plastic tadi selama 15-20minit.
4.       Ambil selimut yang tebal serta besar dan balut badan.
5.       Buat senaman kemutan seperti disyorkan di atas selama 15-20 minit. Setelah selesai basuh dengan air rebusan daun sireh atau dengan Barra Gel (NR) dan ruangkan kewanitaan dengan Minyak Berubat Herba (NR)..

So, mudah je kan….hihi….semoga ilmu yang niat sekadar dikongsi bersama dapat manfaat buat kalian…;) Insha Allah…..

*** Kepada Momies yang ingin dapatkan Set Bersalin dengan Harga Discount Yang Kaw-Kaw , Rempah Bertangas, Rempah Mandian Herba sila la pm @ msg saya yea 016 3652 308 ; 



Sumber:fitrahsunnah nye blog & wannuraterapi.wordpress


*********************
Inginkan Tips Kecantikan persis artis? Cepat Langsing?
Inginkan Tips memperbanyakkan susu badan?
Inginkan Tips Kesihatan dan Set Bersalin dengan Mudah & Murah? Layari https://www.facebook.com/SetBerpantangDanBersalin
http://setberpantangdanbersalin.blogspot.com/
www.truewhite2u.com/ctedzreena

CARA ORDER:
************
Pm,msg@whatsupp me :
 016 3652308
 ctroszaimah@gmail.com
Independent Distributor
ID No: 1071886

No comments:

Post a Comment