Wednesday 10 July 2013

Berpuasa Ketika Hamil



Assalamualaikum…… Ramadhan Tiba lagi…~~

Pasti menjadi cabaran bagi Ibu Hamil bukan? Dan ia adalah lebih mudah berpuasa bagi Ibu Hamil ketika usia kehamilan menjangkau Trimester Kedua berbanding Trimester Pertama dan Trimester Ketiga…….

Bagi Ibu Hamil yang sihat boleh berpuasa seperti biasa dan ini tidak akan menunjukkan kesan negative kepada ibu mahupun janin. Akan tetapi, Ibu Hamil dinasihatkan tidak berpuasa seandainya dia mempunyai komplikasi kehamilan seperti :
  • ·         Diabetes mellitus
  • ·         Penyakit buah pinggang
  • ·         Penyakit hati yang tidak berfungsi
  • ·         Penyakit bronchial asthma yang kuat
  • ·         Penyakit tekanan darah tinggi
  • ·         Kehamilan kembar
  • ·         Berisiko melahirkan bayi pramatang

Dan seandainya, Ibu Hamil mengalami tanda-tanda amaran seperti berikut, mereka juga dinasihatkan juga tidak meneruskan puasa kerana dikhuartiri mendatangkan kesan yang tidak baik kepada kandungan. Antaranya ialah:
  • ·         Rasa Pening, lemah, pitam atau penat wlaupun setelah berehat.
  • ·         Rasa loya dan mula muntah2 sehinggakan tiada cara lain selain mengambil ubat penahan sakit.
  • ·         Rasa sangat haus, warna air kencing menjadi keruh dan berbau hancing. Keadaan ini menandakan fenomena dehidrasi. Haruslah berbuka dengan segera kerana ia membahayakan diri dan bayi.
  • ·         Kekurangan pergerakan bayi dalam kandungan. Kurangnya pergerakan ini menunjukkan bayi kekurangan nutrien. Maka, dengan makan dan minum nutrient dapat disalurkan kepada bayi.
  • ·         Terasa rahim mengeras (kontraksi). Ianya mungkin mengakibatkan kelahiran bayi pramatang.
  • ·         Berat badan ibu menurun.

So, buat Ibu2 Hamil yang berpuasa….kurangkan aktiviti2..banyakkan minum air sebanyak mungkin ketika sahur dan berbuka..elakkan berjalan jauh dan terdedah kepada cuaca yang panas…dan seeloknya semasa berbuka elok dimulakan dengan kurma dan jus atau pun susu..

Semoga tips ini memberi info kepada kalian yea….Selamat Berpuasa…..;)


Sumber: Majalah PA&Ma

No comments:

Post a Comment