Monday 1 July 2013

Bahaya Keputihan Semasa Hamil !!!


Oh…Keputihannn…..

Jom kita share info kita risiko and apakah bahayanya masalah keputihan yang “melampau” khususnya bagi ibu hamil…

Bagi wanita hamil, masalah keputihan ini amat merimaskan dan menganggu kehidupan seharian. Bukan itu sahaja, jangkitan keputihan yang teruk boleh membawa kepada kecacatan pada bayi dalam kandungan dan juga risiko berlakunya keguguran serta kelahiran pra matang.

Dalam Panduan Kesihatan Ibu Hamil menegaskan rawatan untuk mengatasi keputihan perlu dilakukan. Ianya tidak boleh dibiarkan begitu sahaja sehingga boleh membawa bahaya kepada kandungan.

Bahaya keputihan ketika hamil !!!
Kulat dan bakteria merupakan antara mikro organisma yang paling dominan dalam masalah keputihan abnormal ketika hamil.Kandidiasis  atau jangkitan kulat kandida  adalah penyebab keputihan terbanyak  yang dialami wanita hamil, diikuti oleh jangkitan bakterial vaginosis,trikomoniasis dan gonorrhoea.

Keputihan abnormal yang dialami wanita hamil boleh membahayakan  kehamilan ibu dan keselamatan  janin jika tidak diberikan perhatian khusus dalam kesegeraan merawatnya. Berikut adalah antara beberapa bahaya dan kemudaratan yang boleh berlaku jika seseoarang wanita mengalami keputihan yang abnormal sewaktu hamil :

1    Chlamydia
Keputihan yang dibawa  oleh   Chlamydia dapat menyebabkan berlakunya kelahiran  pra matang  pada bayi akibat pecahnya selaput ketuban sebelum tiba waktunya. Selain itu  juga boleh mengakibatkan keguguran malahan kematian ibu dan janin jika tidak segera ditangani dengan serius.

2    Kuman Herpes Simpleks
Keputihan yang disebabkan oleh kuman Herpes Simpleks dapat menyebabkan radang pada otak bayi (ensefalitis).

3    Candida Albican
Keputihan yang disebabkan oleh kulat Candida dapat meningkatkan risiko berlakunya (epilepsi) pada bayi.

4    Kuman  HPV
Keputihan yang disebabkan oleh kuman HPV boleh menyebabkan  gangguan penafasan dan gangguan pencernaan bayi sehingga boleh mengakibatkan kematian.

5    Neisserea Gonorrhoea
Keputihan yang disebabkan oleh Neisserea Gonorrhoeae dapat menyebabkan jangkitan pada mata bayi sehingga boleh mengakibatkan buta.

Terdapat banyak tulisan dalam artikel dan nasihat yang telah diberikan oleh pakar kepada wanita-wanita yang hamil supaya tidak memandang ringan masalah keputihan .Amatlah bertepatan sekali jika diamati risiko-risiko yang perlu ditanggung seandainya wanita hamil gagal bertindak dengan bijaksana dalam situasi ini.
Sumber: klinikkeputihan
Tetapi menurut sumber dari babycenter pula, masalah keputihan ini tidak membahayakan bayi.Bayi anda selamat dan terlindung di dalam uterus (rahim) anda dan tidak terjejas sama sekali. Jika anda mengalami jangkitan semasa anda sakit bersalin, ada sedikit kemungkinan yang bayi anda akan dijangkiti apabila dia melalui faraj anda ketika keluar daripada rahim. 

Jika bayi anda yang baru lahir mengalami 
keputihan, anda akan melihat tompokan putih di mulutnya. Jika anda menyusu badan, kedua-dua ibu dan bayi memerlukan rawatan kerana keputihan ini boleh merebak ke payudara anda juga. 
Tie tidak pulak pernah mengalami masalah keputihan yang teruk ketika hamil….so…tidak lak tahu bagaimana situasi n keadaannya…nasihat Tie just satu je..kalau dh teruk & agak merisaukan situasi keputihan kalian, its better to see doctor kan…baik kita rujuk ada tuan/puan pakar yang lebih arif…. Betul kan….?hi….
Let Tie share satu petua orang2 lama dahulu untuk mengatasi masalah keputihan ini….iaitu menggunakan daun pegaga dan daun sireh….Selamat Mencuba yea…;)


KAEDAH 1:

1. Ambil secekak pucuk pegaga sekali dengan akarnya dan bersihkannya.

2. Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama dengan 2 gelas air bersih.

3. Masukkan sedikit garam ke dalam air rebusan itu.

4. Setelah mendidih, biarkannya sejuk dahulu.

5. Bila dah sejuk nanti, anda tapis air rebusan tadi.

6. Minum air tersebut 2 kali sehari.

7. Amalkan kaedah ini sehinggalah masalah keputihan atau rasa gatal tu sembuh.



KAEDAH 2:

1. Ambil 12 helai daun sirih dan bersihkannya.

2. Kemudian, sediakan kira-kira 1 liter air suam.

3. Ramas kesemua daun sirih tadi bersama-sama dengan air suam.

4. Tapislah air tersebut.

5. Gunakan air tapisan itu untuk mencuci bahagian sulit anda.

6. Sebaik-baiknya bagi anda yang beragama Islam, berselawatlah ke atas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali sebelum mencuci bahagian tersebut.

7. Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, cara ini dikatakan dapat merapatkan kembali bahagian sulit wanita.

8. Lakukan cara ini sehingga anda dapat mengatasi keputihan yang dialami.

Sumber: Blog Petua Sejagat.


~Selamat Mencuba~

No comments:

Post a Comment