Saturday 29 June 2013

Mula lah Suatu Perubahan...

PEUBAHAN DIRI PADA IBU HAMIL ~

ASSALAMUA’LAIKUM WBT….Morning…..  ;)
Kali ni jom kita check perubahan ketara pada diri Moms’ To Be once disahkan pregnant!!...hihihih… Awal2 tu maybe kita sendiri tak perasan kan actually kita pregnant…?

Beberapa perubahan pada tubuh ibu hamil di trimester pertama ( 0 – 12 minggu) kehamilan :

PEMBESARAN PAYUDARA
Payudara akan membesar , ini kerana pada awal kehamilan terjadi peningkatan hormon kehamilan yang menimbulkan pelebaran pembuluh darah dan memberi nutrisi pada jaringan payudara. Anda mungkin akan merasa BH atau bra anda terasa sesak dan tak selesa lagi, sebaiknya anda mempersiapkan bra baru yang sesuai dengan ukuran baru ini untuk memberi kenyamanan dan dapat menyokong payudara anda. Tapi jangan buang yang lama, anda dapat menyimpannya karana payudara akan kembali ke ukuran sebelum anda hamil setelah anda berhenti menyusu nanti.
Dalam 3 bulan pertama ini, anda akan melihat juga sekitar putting dan putting susu anda akan bewarna lebih gelap, dan kerana terjadi peningkatan persediaan darah keseluruh tubuh maka lingkaran sekitar payudara akan tampak bayangan pembuluh-pembuluh vena dibawah kulit payudara anda.

SERING BUANG AIR KECIL
Anda akan merasa lebih sering ingin buang air kecil, ini kerana adanya pertumbuhan rahim yang menekan kantung kencing anda dan perubahan hormon. Ingat jangan mengurangi pemasukan cairan / minum anda untuk mengatasi problem ini kerana anda perlukan cairan lebih pada saat hamil ini.

SEMBELIT
Anda mungkin akan merasa kesulitan untuk buang air besar, hal ini kerana peningkatan hormon progesterone yang menyebabkan relaksasi otot sehingga usus kurang efisien, juga Tablet Zat Besi (iron) yang diberikan oleh doktor biasanya menyebabkan masalah sembelit ini selain itu zat besi tablet akan menyebabkan warna najis anda kehitaman, jangan kuatir.
Atasilah dengan banyak minum air, makanan yang berserat tinggi (sayuran dan buahan).
MORNING SICKNESS—MUAL MUNTAH
Laporan menunjukkan bahwa separuh dari wanita hamil mengalami mual dan mulai pada bulan ke dua. Mual terhadap makanan tertentu, bahkan hanya kerana mencium bau makanan tertentu saja. Hal ini kerana adanya peningkatan hormon. Atasilah dengan makan dalam jumlah sedikit tapi kerap, jangan makan dalam jumlah atau kuantiti besar dan ini hanya akan membuat anda mual. Anda tak perlu kuatir kalau bayi anda tak cukup nutrisi. Di awal kehamilan ini kebanyakan wanita hamil hanya sedikit saja meningkat berat badannya dan ini tidak mempengaruhi perkembangan bayi anda. Dan jangan kuatir biasanya keluhan mual-muntah akan menghilang pada akhir trimester pertama.
Hubungi doktor anda bila mual-muntah menjadi sangat teruk, sehingga anda tidak dapat makan atau minum apapun juga dan ini akan menimbulkan kekurangan cairan/dehidrasi. (Hiperemesis gravidarum).

MERASA PENAT
Anda akan merasa penat, hal ini kerana tubuh anda bekerja secara aktif untuk menyesuaikan secara fizikal dan emosional untuk kehamilan ini. Juga peningkatan hormon dapat mempengaruhi pola tidur anda. Carilah waktu untuk beristirahat sebanyak mungkin.

SAKIT KEPALA
Anda mungkin akan merasa sakit kepala yang lebih sering daripada biasa, hal ini mungkin kerana rasa mual, kepenatan, lapar, tekanan darah rendah, dan dapat juga kerana perasaan tegang atau bahkan depresi. Atasilah dengan beristirahat, dan makanan dengan makan sedikit tapi kerap biasanya dapat menolong, relaks. Bila sakit kepala semakin terasa berat secepatnya hubungi doktor anda. (pada kehamilan selanjutnya sakit kepala dapat menjadi tanda pre-eklampsia , yang biasanya disertai dengan peningkatan tekanan darah dan kaki-tangan bengkak)

MERASA PITAM
Merasa pitam sering pada awal kehamilan hal ini kerana adanya peningkatan tuntutan darah ke tubuh sehingga sewaktu anda berubah posisi dari tidur atau duduk ke posisi berdiri secara tiba-tiba, system sirkulasi darah kesulitan untuk beradaptasi. Situasi rasa pitam tetap timbul ketika anda sedang duduk, ini biasanya kerana menurunnya level gula darah anda. Makanlah sedikit- sedikit tapi kerap. Bila anda sering merasa seperti ingin pengsan periksalah ke doktor anda kemungkinan anda anemia.
KREM PERUT (MENGERAS)
Pada trimester awal ini, anda mungkin mengalami kram perut atau kram seperti menstruasi atau rasa sakit seperti ditusuk yang timbul sekejap2 dan tidak menetap. Hal ini sering terjadi dan kemungkinan kerana adanya pertumbuhan dan pembesaran dari rahim dimana otot dan ligament merenggang untuk menyokong rahim. Harus diingatkan apabila kram perut yang timbul disertai perdarahan vagina, hubungi doktor anda segera, kerana kedua tanda ini berhubungan dengan keguguran.

EMOSIONAL
Pada trimester awal kehamilan ini juga terjadi mempengaruhi emosi menjadi tak stabil, hal ini kerana adanya perubahan hormon dan juga rasa tanggung jawab baru sebagai seorang calon ibu. Atasi : cubalah untuk mencari waktu untuk diri anda sendiri, bicarakanlah perasaan anda kepada orang terdekat atau doktor anda.

PENINGKATAN BERAT BADAN
Pada akhir trimester pertama ini anda akan kesulitan untuk memasang kancing kain/seluar panjang anda. Hal ini bukan bererti adanya peningkatan berat badan yang banyak—-tapi kerana rahim anda berkembang dan memerlukan ruang dan ini semua kerana pengaruh dari hormon estrogen yang menyebabkan pembesaran rahim dan hormon progesterone yang menyebabkan tubuh menahan air.
Di trimester kedua ini perut anda akan mulai kelihatan membesar dan dunia luar akan menyedari kalau anda akan menjadi calon ibu baru. Trimester kedua dianggap sebagai masa kehamilan yang terbaik sebab anda akan merasa lebih nyaman saat ini. Perut anda belum terlalu besar anda masih dapat melakukan aktiviti seharian, dimana Rasa mual, rimas, dan keluhan lainnya pada trimester pertama akan hilang, bahkan anda merasa lebih energy saat ini.
Beberapa perubahan yang terjadi pada kehamilan trimester kedua (13-28 minggu):
PERUT SEMAKIN MEMBESAR
Setelah 12 minggu, rahim membesar dan melewati rongga panggul. Pembesaran rahim akan bertumbuh sekitar 1 cm setiap minggu. Pada kehamilan 20 minggu bahagian teratas rahim sejajar dengan pusat (umbilicus). Setiap individu berbeza2 tapi kebanyakan wanita akan mulai nampak pembesaran perutnya pada kehamilan 16 minggu.

SENDAWA DAN BUANG ANGIN
Pada trimester ini anda akan bersendawa atau ingin buang angin/kentut pada saat yang tidak seharusnya—jangan bingung—anda tak sendirian mengalami masalah ini. Sendawa dan buang angin adalah keluhan yang paling sering selama kehamilan. Hal ini kerana usus merengang dan anda akan merasa kembung.

RASA PEDIH DI ULU HATI
Rasa panas atau terbakar di dada bahagian bawah atau perut bahagian atas tapi tidak ada hubungannya dengan jantung. Perasaan ini timbul pada wanita hamil pada trimester kedua ini, hal ini kerana hormone progesterone meningkat yang menyebabkan relaksasi dari otot saluran cerna dan juga kerana rahim yang semakin membesar yang mendorong bagian atas perut.
Nilai positif dari relaksasi otot saluaran cerna adalah gerakan makanan menjadi lebih lambat sehingga nutrisi terserap lebih banyak. Atasi dengan jangan makan dalam jumlah besar terutama sebelum tidur. Jauhi makanan yang pedas, berminyak dan berlemak.
SAKIT DI PERUT BAHAGIAN BAWAH
Pada kehamilan 18-24 minggu anda akan merasakan sakit diperut bahagian bawah yang seperti ditusuk atau seperti tertarik disatu atau dua sisi, hal ini kerana perenggangan ligamentum dan otot untuk menahan rahim yang semakin membesar. Sakit hanya sebentar dan tak menetap.Atasi dengan duduk atau berbaring dengan posisi yang selesa.

PITAM
Pitam menjadi keluhan yang sering selama kehamilan trimester kedua ini hal ini dapat terjadi ketika pembesaran dari rahim anda menekan pembuluh darah besar sehingga menyebabkan tekanan darah menurun. Atasi dengan melakukan pertukaran posisi perlahan lahan atau bertahan untuk menghindari perubahan tekanan darah yang mendadak.

MENDENGKUR
Peningkatan aliran darah selama kehamilan akan menyebabkan sesak dan pembengkakan membrane mukosa yang menimbulkan mendengkur saat tidur.

HIDUNG DAN GUSI BERDARAH
Hal ini juga kerana peningkatan aliran darah selama masa kehamilan. Kadang juga mengalami sumbatan pada hidung hal ini kerana perubahan hormon.

PERUBAHAN KULIT
Garis kecoklatan mulai dari pusat (umbilicus) ke tulang pubis disebut linea nigra. Kecoklatan pada wajah disebut chloasma atau topeng kehamilan. Strecth mark terjadi kerana perengangan kulit yang berlebih biasanya pada perut dan payudara. Akibat perengangan kulit ini anda dapat merasa gatal.

PAYUDARA
Payudara akan semakin membesar dan mengeluarkan cairan yang kekuningan yang disebut colostrums. Putting dan sekitarnya akan semakin bewarna gelap dan besar dan bintik-bintik kecil akan timbul disekitar putting, itu adalah kelenjar kulit..

KREM PADA KAKI
Krem otot ini timbul kerana sirkulasi darah yang lebih lambat saat kehamilan. Atasi dengan menaikkan kaki keatas, minum cukup kalsium. Bila anda terkena krem kaki ketika duduk atau saat tidur, coba untuk menggerakan jari-jari kaki kearah atas.
Pembengkakan adalah kondisi normal pada kehamilan, hampir 40 % wanita hamil mengalaminya. Hal ini kerana peningkatak hormone yang menahan cairan.
Pada trimester kedua ini akan tampak sedikit pembengkakan pada wajah, kaki , tangan. Hal ini sering kerana posisi duduk atau berdiri yang terlalu lama.

MERASAKAN GERAKAN BAYI ANDA
Pada kehamilan minggu ke 15-22 anda akan mulai merasakan gerakan bayi anda yang awalnya akan terasa seperti kibasan, tetapi di akhir trimester ini, anda akan benar-benar merasakan pergerakan bayi anda. Pada ibu yang baru pertama kali sering tidak dapat mengenali gerakan bayinya sampai minggu ke 19-22.
Pada Trimester ke tiga ini perut anda sudah membesar. Anda sudah akan mempersiapkan untuk kehadiran si bayi baru dalam keluarga anda. Mungkin anda akan merasakan berbagai perasaan emosional yang berbeza2. Kegembiraan untuk bertemu bayi baru anda. Mungkin anda juga kuatir dengan kesehatan bayi anda. Anda mulai berfikir tentang bersalin. Dengan tambahan perubahan emosi ini, tubuh secara fizikal juga mengalami perubahan pada trimester akhir ini.

Beberapa perubahan yang terjadi pada kehamilan trimester ke tiga:
SAKIT PUNGGUNG
Sakit pada punggung, hal ini kerana anda meningkatnya beban berat yang anda bawa iaitu bayi dalam kandungan. Pakailah kasut bertumit rendah; Hindari mengangkat benda yang berat; Berdiri dan berjalan dengan punggung dan bahu yang tegak; Mintalah pertolongan untuk melakukan pekerjaan rumah anda sehingga anda tak perlu membungkok terlalu kerap; Pakailah kasut yang selesa.

PERNAFASAN
Pada kehamilan 33-36 banyak ibu hamil akan merasa susah bernafas hal ini kerana tekanan bayi yang berada dibawa diafragma menekan paru ibu.
Tapi setelah kepala bayi sudah turun ke rongga panggul ini biasanya pada 2-3 minggu sebelum persalinan pada ibu yang pertama kali hamil maka anda akan merasa lega dan bernafas lebih mudah . Selain itu juga rasa terbakar didada(heart burn) biasanya juga ikut hilang.

SERING KENCING
Pembesaran rahim dan ketika kepala bayi turun ke rongga panggul akan makin menekan kantung kencing anda.

MASALAH TIDUR
Setelah perut anda besar anda dan bayi anda menendang di malam hari anda akan menemukan kesulitan untuk dapat tidur nyenyak. Cubalah untuk menyesuaikan posisi tidur anda .

KONTRAKSI PERUT
Braxton-Hicks kontraksi atau kontraksi palsu. Kontraksi berupa rasa sakit yang ringan, tidak teratur, dan hilang bila anda duduk atau istirahat

BENGKAK
Pertumbuhan bayi akan meningkatkan tekanan pada daerah kaki dan pergelangan kaki anda, kadang tangan bengkak juga. Ini disebut edema, disebabkan oleh perubahan hormon yang menyebabkan retensi cairan.

KEPUTIHAN

Peningkatan cairan vagina/keputihan selama kehamilan adalah normal. Cairan biasanya jernih, pada awal kehamilan biasanya agak kental dan mendekati persalinan lebih cair.Yang terpenting adalah tetap menjaga kebersihan anda.Hubungi doktor anda bila keputihan berbau, terasa gatal, sakit.

No comments:

Post a Comment