Wednesday 26 June 2013

Selamat Ke Pengambilan Ubat Bagi Ibu Mengandung?



Entry kali ni pula ingin nak berkongsi skit pasal panduan pengambilan ubat2 khassss buat ibu2 mengandung…almaklumla…musim jerebu yang teruk…cuaca yang tidak menentu…kesihatan ibu2 sure ada yang effect juga kan…. < termasuk la owg ni….mmm…>

So, pengambilan ubat semasa mengandung terutama semasa 3 bulan pertama seharusnya dielakkan kerana sewaktu 3 bulan pertama janin dalam proses membesar dan menghasilkan organ2 penting dalam badan mereka. Akan tetapi, masih terdapat ubat yang selamat diambil oleh ibu2 walaupun semasa 3 bulan pertama.
Di sini , terdapat panduan apakah ubat2 yang boleh dan tidak boleh diambil semasa mengandung bagi sakit2 yang biasa dialami:

1.     Jika Demam atau sakit2 badan:
      Yang Boleh:
      Ubat yang selamat dimakan adalah HANYA paracetamol (PCM)… < hanya ni je pun yang boleh…sakit apa2 pun paracetamol sahaja yea…dan kalau boleh dimulakan dgn dos yang rendah…sebiji dulu ke…>
      Yang Tidak Boleh:
      Mengambil Ponstan dan Ubat Tahan Sakit yang lain seperti Voltaren.
      So, kalau demam yang berpanjangan melebihi 3 hari segera la berjumpa dengan doctor berdekatan untuk pemeriksaan lebih lanjut yea…

2.     Jika Selsema :
      Yang Tidak Boleh:
      Mengambil semua jenis ubat selsema seperti actified, piriton
     
      So, tak de la cara lain melainkan ibu2 mengandung digalakkan mengambil vitamin C dan makan buah-buahan dan sayur-sayuran dan banyakkan minum air suram la yea….

3.     Jika Batuk:
      Yang Tidak Boleh:
      Pengambilan semua jenis ubat batuk…
     
4.     Jika Cirit Birit:
      Yang Boleh:
      Ibu2 boleh mengambil ubat garam (ORS – Oral Rehydration Salt) untuk menggantikan garam galian yang hilang daripada badan dan pastikan banyak minum air suam.
      Yang Tidak Boleh:
      Pengambilan ubat cirit birit (lomotil) dan ubat sakit perut yang memulas akibat cirit birit (buscopan).

Adakah Antibiotik Selamat ??
Terdapat antibiotic yang selamat digunakan semasa mengandung. Di sini saya senaraikan antibiotic yang biasa diberikan oleh doktor2 di Malaysia untuk jangkitan yang pelbagai dan ianya selamat digunakan semasa mengandung:
  • Amoxicillin
  • Erythromycin
  • Augmentin
  • Cephalexin

Walau apa2 pun, sila la rujuk kepada pakar perubatan dahulu yea….Semoga panduan asas ini membantu ibu2 preg menentukan ubat yang selamat semasa mengandung. Paling penting jaga kesihatan semasa mengandung yea… Elakkan mengunjungi tempat2 yang ramai org bagi mengelakkan terkena jangkitan terutama selsema dan batuk (jangkitan salur penafasan atas – upper respiratory tract infection) kerana semasa mengandung imuniti ibu2 sedikit lemah dengan kehadiran baby di dalam kandungan.

Bagi mengelakkan jangkitan kuman pada salur kencing pula, elakkan menahan diri daripada membuang air kecil dan minum banyak air…

Kita hanya ikhtiar dan selebihnya kita berdoa dan berserah kepada Yang Maha Esa…InshaAllah….semoga dipermudahkan….Aminnnn……> <

Sumber: Blog Ibu Aiman

No comments:

Post a Comment