Friday 12 July 2013

Tanda2 Bersalin

Assalamualaikum….
Since ada few friends of mine yang sedang meniti saat2 nak bersalin..jom kita share few info tentang Tanda2 Bersalin…. ~~ But setiap Ibu Hamil pasti mempunyai tanda2 bersalin yang berbeza to each other kan? Ni pun just sedikit panduan to all Moms….



  • Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar 2 minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ je dalam kawasan rangka tulang pelvis. Kalian mungkin akan terasa:
Ø       Sakit di bahagian kelengkang kerana bayi menekan
Ø       Kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundit kencing
Ø       Sakit perut, memulas
Ø       Kerap membuang air besar
Ø       Kerap terkentut.

  • Keluar Lendir Pekat atau Keluar Darah Bercampur Lendir
Ø       Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
Ø       Lendir bercampur darah pula kelur apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera la ke hospital.

  • Sakit Belakang
Ø       Bayi beralih dan menekan tulang belakang kalian.
Ø       Untuk mengurangkan sakit belakang kalian, posisikan diri kalian seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan yea….) dan angkat atau tinggikan badan kalian ke atas. Tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan kalian. Ulangi lagi.
Ø       Kalian juga boleh mengurangkan dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran kalian.
Ø       Jika sukar untuk berjalan, ,minta En Suami urut belakang kalian dengan kuat semasa kalian berbaring mengiring.

  • Pecah Air Ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa berbau. Segera ke hospital.

  • Pintu Pangkal Rahim Terbuka dan Menipis
Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

  • Kontraksi Yang Tetap dan Berterusan
Ø       Kontraksi adalah jangka masa antara otot-otot rahim tegang dan kembali tenang. Otot rahim adalah otot yang paling besar dalam badan wanita. Agak sukar untuk tentukan bila kontraksi sebenar akan berlaku. Rasanya seperti alami kejang atau tegangan atau sakit di belakang yang dibawa ke hadapan. Perut mengeras, jika ditekan akan rasa keras. Tujuan kontraksi ini adalah untuk mengeluarkan bayi dengan cara menegang dan menipis bahagian atas rahim sementara servik dan bahagian bawah rahim meregang dan tenang.
Ø       Kontraksi berlaku dalam sela waktu yang memberi masa untuk ibu dan bayi berehat. Untuk mengira sela waktunya, kontraksi dikira bermula saat datang rasa tegang dan perut mengeras, kemudian tenang dan kemudian datang semula kesakitan. Sela datang semula kesakitan ini adalah jangka untuk kiraan sela berlaku kontraksi

Kontraksi yang berlaku semakin kerap menunjukan tanda akan bersalin. Jika tanda itu hilang, itu hanya tanda palsu.

Tanda kemungkinan kontraksi yang betul:
Ø       Mungkin pada permulaan tidak tetap kemudian semakin tetap
Ø       Semakin kuat dan lama kontraksi
Ø       Bila berbaring rasa sakit itu tidak hilang
Ø       Mula rasa sakit di belakang kemudian sakit di depan


Sekarang kadang perut pun ada mengeras tapi bukan tetap…especially waktu malam…mm….means bukan la yea… Anyway, hope this info boleh beri panduan especially yang 1st time Moms to Be… So…make sure tau you all faham tanda2 ni yea…senang nanti… ;)

No comments:

Post a Comment