Thursday 24 October 2013

Urutan Bayi

Assalamualaikum ….Hi Sweeties Moms….

Entry kali ni just nak sharing lak pasal urutan bayi…. U all sure ada buat kan…time nak mandi tu & lepas mandikan baby… Baby akan rasa tenang je bila hari2 badan dia diurut khas insan yang melahirkannya kan…. (macam kita…sure suka bila badan kita diurut2 kan…hihi..)
As for me…I really happyyyy n sukeeee sangat urut baby…since anak 2nd sememangnya dalam pantang lagi ( hari-30) terus dah mula mandikan baby…tuamkan baby…n urutkan bayi sendiri…huhuhuh…anak 1st Tie tk berapa buat…tahu letak minyak kat perut baby & usap2 ke..tapi since dh tahu…anak 2nd mmg steps by steps la buat …terus buat untuk anak 3rd juga…..
Banyak tau kebaikan dari segi urutan bayi ni…Antaranya..


Faedah-faedah Urutan Bayi:
  1. Membantu pembesaran fizikal bayi
  2. Bayi rasa disayangi
  3. Meningkatkan system imunisasi bayi
  4. Rangsangan sentuhan
  5. Melancarkan sistem pengaliran darah
  6. Membantu sistem penghadaman
  7. Membantu dalam pernafasan
  8. Melegakan kesakitan pada gigi
  9. Menguatkan ketahanan tubuh badan
  10. Membantu bayi tidur dengan nyenyak
  11. Membina keyakinan ibu bapa dan bayi
  12. Membantu bayi berasa tenang dan selesa
  13. Yang paling penting : Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak…rasa mcm sangat closeee je….

Langkah Permulaan:
1.                    Patikan anda dan bayi anda berada di dalam keadaan yg selesa ya sebleum memulakan urutan. Urutan akan mengambil masa dalam 15-20 minit. Anda juga boleh mainkan muzik yg agak perlahan untuk memberi suasana tenang kepada anda dan juga bayi anda.
2.                   Pastikan suhu bilik adalah sederhana dan tidak terlalu panas atau sejuk sepanjang urutan berlangsung ya. Bentangkan selimut atau kain yg lembut dan baringkan bayi di atasnya.
3.                   Urutan paling sempurna jika dapat dilakukan pada bayi dalam keadaan bayi tidak memakai apa-apa pakaian dan waktu yg paling baik adalah selepas mandi. Walaubagaimanapun, urutan ini sangat fleksibel boleh dilakukan pada bila2 masa je even masa tengah susukan bayi anda pun anda boleh urut bayi anda:) dan boleh juga dilakukan walaupun bayi berpakaian lengkap.
4.                   Anda boleh gunakan minyak bayi yg lembut untuk mengurangkan geseran ke atas kulit bayi. Gosok kedua belah tangan anda untuk memanaskan tangan sebelum menyentuh bayi anda. Sapukan minyak secukupnya di tangan anda supaya anda boleh mulakan urutan dengan mudah.
5.                   Bermulalah dengan sentuhan yg lembut. Tambahkan tekanan urutan secara perlahan-lahan apabila anda semakin yakin dan bayi anda telah berasa semakin selesa dengan urutan anda.
6.                   Pandanglah mata si manja anda dan menyanyi atau bercakaplah dengannya sepanjang urutan berlangsung. Secara tak langsung, anda dapat mengembangkan lagi komunikasi bayi anda dan juga membuatkan bayi berasa selesa dan membantunya membina emosi.
7.                   Seelok-eloknya urutlah bayi anda setiap hari pada waktu yg sama agar bayi dapat merasainya sebagai satu rutin.
8.                   Adalah sangat disarankan untuk anda mulakan urutan dari kepala hinggalah ke hujung kaki, kemudian barulah beralih ke bahagian belakang bayi.

Perkara yang perlu Ingat:
1.        Urutan harus dilakukan dengan kerjasama sepenuhnya dari si manja anda. Mengurut bayi merupakan satu aktiviti terapeutik dan ia boleh dilakukan melalui perasaan kasih sayang di samping mewujudkan suasana bergurau senda yg mesra.
2.       Anda bagaikan cermin kepada bayi anda ya. Si manja anda suka untuk mengikut tingkahlaku anda, jadi pastikan anda bersedia dan tenang sebelum bermula.
3.       Kadangkala bayi mungkin akan berasa letih, maka tiada rangsangan diperlukan. Bayi perlu berehat dan cubalah sambung urutan selepas bayi bangun dari tidur. Jangan dipaksa bayi anda.
4.       Nikmatilah saat-saat yang meriangkan bersama si manja anda ya….;)

Jom kita buat……….Bissmilahirahmanirahimmmm…. Dengan muka yang ceria & senyuman paling manissss…….
Kita Start dari atas dulu yea..Kepala & Muka






Ni ada urutan “I Love U”……hihi….

And lastttt but not least….

Finally, jangan lupa a kiss to your baby ok….

Ta daaaaaaa….mudah je kan…….hihi….Selamat Mencuba…..;)

No comments:

Post a Comment