Sekarang diriku dh masuk 30weeks…wah…lagi
lebih kurang 10weeks lagi untuk tiba saat itu.. 2 kelahiran sebelum ini semua
kena induce….huhu….induce sebab apa? Sebab overdue.. baby tak moh keluar ler…..
So sekarang pastinya saat2 & detik saat melahirkan anak itu pasti cuba
diingati balik..huhuhu…walaupun setiap kelahiran itu pasti berbeza…namum sakit
itu kan pasti…..ceh wah….hihi….( just motivate diri untuk lebih bersedia ‘merasai’
kesakitan itu…)
So, buat mom to be…especially
yang nak sambut kelahiran pertama..jangan la tunggu dah dekat baru nak get
ready yea…sebab mungkin ada yang 34week dh bersalin…ada yang lebih awal…ada
yang lambat..(macam diriku…hihi). Bermula dari perut semakin berat tidak
tertanggung, tidak selesa..pastinya malam2 tidur kalian juga mulai tidak selesa
kan…. Sukar mencari posisi tidur yang selesa….( digalakan tidur mengereng belah
kiri yea dan abdomen disokong oleh bantal kecil…)
Seawal tiga minggu
dari tarikh jangkaan kelahiran, kesakitan yang dirasai semakin kerap. Selain
itu, pengeluaran lendir bercampur darah atau lelehan air ketuban menkaliankan kalian
telah sampai ke peringkat awal proses bersalin. Pengecutan rahim merupakan asas
utama yang akan memulakan keseluruhan proses bersalin. Rahim merupakan organ
reproduktif wanita yang akan membiarkan janin membesar tanpa sebarang gangguan
dan akan berkontraksi mengeluarkan janin sewaktu kelahiran. Ia merupakan dua
fungsi yang bercanggah untuk satu organ yang sama.
Otot-otot yang
terdapat di dinding rahim adalah jenis smooth muscle yang tidak dapat dikawal seperti
otot-otot pergerakan di kaki dan tangan. Jadi, pengecutan otot ini bergantung
kepada tindak balas saraf dan hormon-hormon yang dilepaskan ke dalam sistem
badan ibu oleh janin yang dikandungnya.
Pemerhatian klinikal
menunjukkan pengecutan bermula dari bahagian atas rahim dan merebak ke bahagian
bawah menuju ke arah pangkal rahim. Ia berlaku berulang-ulang kali dengan
kekerapan yang semakin tinggi. Namun, sebelum aktiviti maksima ini, proses yang
sama telah pun berlaku tanpa disedari. Proses ini sebenarnya adalah proses yang
normal untuk memastikan rahim, pangkal rahim dan bukaan faraj berada dalam
kedudukan sejajar bagi membolehkan bayi turun dan keluar semasa proses
kelahiran.
Kesakitan yang
dirasakan sebenarnya berpunca dari pengecutan rahim yang berkala. Pengecutan
yang kerap menyebabkan otot semakin kekurangan oksigen, suatu keadaan yang
menimbulkan rasa sakit di dalam otot itu sendiri. Selain itu, tekanan ke atas
komplek saraf yang tersepit di antara dua struktur bertulang yang keras iaitu
kepala bayi dan tulang pelvik ibu menyebarkan sakit bersalin ke semua arah.
Kesakitan ini berterusan dan semakin kuat apabila bukaan pangkal rahim bergerak
secara aktif. Untuk kehamilan pertama, bukaan berlangsung dalam anggaran bukaan
1 cm setiap sejam.
Bayi akan mula turun
melalui rongga yang telah tersusun dan membuka. Penurunan ini akan menimbulkan
satu lagi punca kesakitan apabila bayi sampai dalam vagina dan bersedia untuk
keluar. Regangan keseluruhan rongga vagina dan semua otot-otot pelvik di
peringkat akhir proses bersalin juga memberikan rasa sakit.
Seringkali kalian
dinasihatkan untuk terus ke hospital sebaik sahaja tkalian-tkalian awal
bersalin berlaku. Dalam julat masa yang singkat ini, terdapat segelintir
daripada kalian yang terdedah kepada pelbagai masalah yang melibatkan ibu atau
anak dalam kandungan. Selain dari tu, pemantauan perlu dimulakan sebaik sahaja
sakit bermula bagi ibu yang menghidap darah tinggi, kencing manis, penyakit
jantung ataupun masalah perubatan yang lain. Kedudukan bayi perlu ditentukan
untuk memastikan ia betul-betul sesuai untuk kelahiran biasa. Sekiranya air
ketuban telah pecah, keadaan tali pusat bayi perlu ditentukan juga. Bagi
masalah tali pusat yang keluar terlebih dahulu sudah tentu memerlukan
pembedahan dilakukan dalam masa 10 minit untuk menjamin keselamatan bayi.
Sekiranya keadaan ibu
dan bayi adalah baik, bukaan pintu rahim akan menentukan status kelahiran
tersebut. Kurang dari 3 cm menkaliankan proses bersalin peringkat awal. Bukaan
pangkal rahim yang lebih besar dari 3 cm menkaliankan proses aktif telah
bermula. Penentuan kaedah kawalan sakit bersalin akan ditentukan berdasarkan
status tersebut. Bergantung kepada kaedah yang disediakan di hospital, doktor
akan memberikan kaedah yang bersesuaian.
Mengambil kira
kelahiran pertama sebagai contoh, antara kaedah yang dicadangkan ialah
suntikan, sedutan gas entonox dan pembiusan epidural. Suntikan ubat tidak lagi
sesuai sekiranya bukaan mencecah 8 cm. Dikhuatiri bayi akan mengalami kesan
ubat dan susah bernafas sebaik sahaja dilahirkan. Sedutan sendiri gas Entonox
boleh diambil pada bila-bila masa sepanjang proses kelahiran malah boleh
diteruskan semasa proses pengeluaran uri atau jahitan dilakukan. Epidural pula
hanya boleh diberikan sekiranya terdapat khidmat doktor bius khusus di bilik
bersalin, lengkap dengan kakitangan serta peralatan bantuan untuk menangani
sebarang komplikasi. Jadi, berbincanglah dengan doktor untuk mendapat maklumat
lanjut. Maklumat ini tentunya akan melegakan perasaan cemas yang kalian rasai.
Kontraksi palsu
Ada ketikanya, sebaik
sahaja bergegas ke hospital, kesakitan reda dengan sendirinya. Biarpun begitu, kalian
perlu meneruskan pemeriksaan doktor bagi memastikan punca kesakitan tersebut.
Ini kerana jangkitan kuman dalam air kencing, radang yang melibatkan appendiks
atau usus boleh menimbulkan kesakitan yang sama. Dengan adanya tkalian-tkalian
klinikal yang menjurus kepada lain-lain diagnosis selain sakit bersalin, doktor
akan meneruskan pemeriksaan faraj.
Ketahuilah, kontraksi
palsu akan hilang dengan sendiri. Ini kerana pangkal rahim masih kenyal dan
tertutup rapat. Tiada juga terdapat tkalian-tkalian pendarahan atau lelehan air
ketuban. Tambahan pula pemeriksaan ultrasound menunjukkan tempoh kehamilan
masih awal dan bayi berada dalam keadaan yang baik.Rawatan khusus akan
diberikan dan biasanya kalian diarahkan untuk berehat di rumah untuk tempoh
sementara antara tiga hingga tujuh hari sehinggalah pemeriksaan semula dilakukan.
INFO
Bagi mengurangkan
sakit kontraksi, kalian digalakkan mengiring ke sebelah kiri. Ia membolehkan
suami mengurut bahagaian belakang dan tidak mengganggu peralatan yang
digunakan. Paling penting, ia tidak akan menyebabkan gangguan aliran darah
kembali ke jantung. Jika mengiring ke sebelah kanan, rahim akan menghimpit
saluran pembuluh darah utama ke jantung!
No comments:
Post a Comment