Jom Share pasal pergerakan
baby lak entry kali ni…hihihi… Semoga sedikit info memberi panduan to Moms’ To
Be untuk lebih dekat dengan baby kalian….InshaAllah…. ;)
Bilakah saya dapat rasa
pergerakan si kecil?
Anda
boleh merasakan pergerakan pertama bayi anda yang dipanggil
"quickening" di antara minggu ke-16 dan minggu ke-25. Jika ini adalah kehamilan pertama anda, anda
mungkin tidak dapat merasakan pergarakan bayi sehingga minggu ke-25. Semasa kehamilan kedua, ada wanita mula
merasakan pegerakan seawal 13 minggu.
Pergerakan si kceil dapat dirasakan apabila anda berada di posisi yang
senyap (duduk atau baring).
Apakah rasa pergerakan
bayi?
Ibu-ibu
berpendapat pergerakan bayi dirasakan seperti pergerakan berguling atau
berdenyut-denyut. Pada mulanya, agak
susah untuk mengetahui jikalau bayi anda sudahpun bergerak. Wanita yang sudah menjadi ibu pada kali kedua
atau ketiga lebih sedar dengan pergerakan bayi yang boleh membezakan antara
angin, perasaan lapar dan pergerakan dalaman.
Semasa trimister kedua dan ketiga, pergerakan tersebut menjadi lebih
kuat dan anda boleh merasakan sepakan kuat, perasaan sikunya yang mencucuk.
Berapa kerapkah bayi saya
harus bergerak?
Pada
awal kehamilan, anda mungkin merasakan pergerakan sekali-sekala. Tetapi apabila bayi anda membesar (selalunya
pada akhir trimester kedua) sepakan akan menjadi lebih kuat dan lebih kerap. Kajian telah menunjukkan pada tremister
ketiga, bayi akan bergerak dalam 30 kali setiap jam.
Perlukah saya memantau
pergerakan bayi saya?
Apabila
pergerakan bayi anda sudah tetap (selalunya pada minggu ke-28), ada doktor yang
akan menasihati untuk memantau pergerakan si kecil untuk memastikan bayi anda
membesar dengan normal. Cara ini tidak
mempunyai bukti saintifik dan disebabkan ini, adalah wajar untuk menghubungi
doktor anda bagi mendapatkan kepastian dan nasihat dengan lebih lanjut.
Jika
anda sedang mengira pergerakan si kecil, anda juga boleh membuat carta tentang
pergerakan bayi supaya anda boleh memntau corak pergerakannya. Untuk mengira pergerakan bayi, pilihlah waktu
di mana bayi anda aktif (selalunya ia dapat diketahui selepas anda makan) dan
baringlah ke posisi yang selesa. And
boleh baringdi posisi mengiring ataupun duduk di sofa yang selesa.
Terdapat
pelbagai pendapat tentang bagaimana harus anda mengira pergerakan bayi tetapi
para pakar mencadangkan anda mengira berapa lama si kecil perlukan untuk
membuat sepuluh gerakan. Anda haruslah
merasakan sepuluh pergerakan dalam masa 2 jam.
Jika
anda tidak dapat merasakan bayi anda bergerak sebanyak sepuluh kali setiap dua
jam, cubalah pada lain kali. Dan jikalau
anda masih tidak dapat merasakan sepuluh pergerakan dalam masa dua jam atau
bayi anda kurang aktif daripada biasa, hubungi doktor anda. Doktor anda boleh melakukan pemeriksaan untuk
memeriksa kadar dengupan jantung dan pergerakan.
Bagaimana jika saya tidak
dapat rasa pergerakan si kecil?
Jika
anda belum sampai 25 minggu dan tidak merasakan pergerakan pada bayi anda atau
tidak pasti bahawa pergerakan itu datangnya daripada si kecil, janganlah
panik. Semasa bayi anda membesar, anda
boleh mengenali pergerakannya. Anda juga
akan mengetahui pada bila masa si kecil menjadi aktif. Ada bayi secara semulajadi
kurang aktif berbanding bayi lain.
Kurang
pergerakan juga bermaksud bayi anda sedang tidur. Anda mungkin akan merasa kurang pergerakan
selepas minggu ke-32 apabila bayi anda menjadi lebih besar dan kurang ruang
untuk bergerak di uterus.
Jika
bayi anda sudahpun bermula untuk bergerakdan anada tidak merasakan
sekurang-kurangnya sepuluh pergerakan dalam masa dua jam, anda haruslah segera
menghubungi doktor anda atau terus ke hospital
Sumber : Majalah Mami
& Baby
************************************************************************
Perkembangan Bayi Minggu 1
Lapan
hari selepas persenyawaan, blastocyst akan merembeskan mukus untuk menyatakan
kehadirannya di dalam rahim.
Nota Hamil : Anda digalakkan makan lebih banyak asid folik iaitu 400
micrograms (mcg) sehari.Asid folik diperlukan untuk menghasilkan sel darah
merah selain dapat mengelakkan
kecacatan
janin seperti spina bifida.
Perkembangan Bayi Minggu 2
Blastocyst
mula menggelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12,
jumlahnya akan menjadi beribu- ribu. Setelah itu, blastocyst disauh
dengan
kukuh pada endometrium.
Nota Hamil : Dalam minggu ini pula, anda perlu mengambil makanan tambahan
yang mengandungi asid folik, besi dan kalsium termasuklah beberapa jenis
nutrien penting lain untuk perkembangan bayi yang sihat.
Perkembangan Bayi Minggu 3
Selepas
tiga minggu persenyawaan, saiznya ialah sepanjang 0.08 inci ataupun 2 mm. Gen
mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.
Nota Hamil : Di awal minggu kehamilan anda perlu banyak mengambil kalsium.
Antaranya keju atau susu. Namun terdapat beberapa jenis keju yang boleh
menyebabkan listeria. Penyakit ini menimbulkan kesakitan seperti sakit otot,
sakit belakang, demam dan kesejukkan. Digalakkan juga memakai stokin, serta
baju panas.
Perkembangan Bayi Minggu 4
Pada
minggu ini, akan kelihatan bentuk awal otak dan tulang belakang.Jantungnya
mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang mengalirkan darah
daripada jantung).
Nota Hamil : Senaman dipercayai baik untuk ibu hamil. Apabila anda aktif,
anda dapat mengelakkan ketidakselesaan seperti sakit belakang, sukar tidur, sembelit
dan keletihan.
Perkembangan Bayi Minggu 5
Walaupun
anggota tubuh badan bayi yang jelas kelihatan ialah matanya, namun otaknya masih
dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama
lagi akan bertukar menjadi jantung.
Nota Hamil : Suhu badan yang terlalu panas boleh menyebabkan kecacatan
pada bayi.Jadi elakkan aktiviti seperti bersauna, jakuzi dan senaman yang boleh
menyebabkan suhu tubuh meningkat.
Perkembangan Bayi Minggu 6
Jantungnya
kini sudah terbentuk dan mula berdenyut.Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan
bayi dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah
juga terbentuk. Saiz bayi kini membesar jari kelengkeng dan pergerakkannya
hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.
Nota Hamil : Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu
membuatkan anda jadi lebih teruk lagi.Kulit anda juga berubah menjadi lebih
gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas. dan kebiasaannya
gatal-gatal akibat pengelupasan kulit seluruh badan. Nasihat saya jangan garu
dengan kuku atau benda tajam sebaiknya sapukan losyen sepelas mandi atau ketika
kulit terasa kering. Banyakkan minum air mineral.
Perkembangan Bayi Minggu 7
Lubang
hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukkan. Manakala kaki dan lengannya
kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir
terbentuk.
Nota Hamil : Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika berdiri
terlalu lama. Selain itu,jika terpaksa berada dalam keadaan sesak, anda juga
mungkin berkeadaan sebegini.Anda juga mudah berasa letih. Banyakkan berehat
bagi mencapai keselesaan.
Perkembangan Bayi Minggu 8
Mata,
telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mula terbentuk.Saluran
darahnya juga sudah mula kelihatan. Jantungnya pula mula berdenyut pada kadar
denyutan normal. Memandangkan kaki dan lengannya kian berkembang, bayi sudah
“pandai” bergerak dan menendang. Walau bagaimanapun, saiznya yang masih kecil,
tidak membenarkan anda merasai pergerakannya.
Nota Hamil : Perubahan bentuk fizikal mula dialami,puting dan payu dara
mula membesar dan mudah sensitif. Lelehan faraj juga makin banyak. Digalakkan
memakai pantyliner dan menggunakan pencuci khusus alat sulit untuk keselesaan.
Serta kerap menukar seluar dalam yang bersih.
Perkembangan Bayi Minggu 9
Bentuk
muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan.Begitu
juga dengan kaki dan tangannya.
Nota Hamil : Berat badan ibu mula bertambah. Anda digalakkan untuk
merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda
menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon. Berhati-hati
memilih makanan yang sesuai pada ketika ini, kurangkan makan karbohidrat kerana
boleh menyebabkan badan si ibu meningkat. Sebaiknya ikut nasihat doktor cara
bagaimana pemakanan yang sesuai untuk anda.
Perkembangan Bayi Minggu
10
Telinga
luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan
jari-jari
yang
lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal
manusia.
Nota Hamil : Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini
akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini
sebesar buah oren.
Perkembangan Bayi Minggu
11
Majoriti
organ bayi sudah terbentuk. Kini, bayi berada dalam zon selamat daripada
sebarang ketidak normalan pada janin dan jangkitan tertentu.
Nota Hamil : Ketidakselesaan yang dialami membuatkan anda mudah berasa
letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan.
Perkembangan Bayi Minggu
12
Jantung
bayi berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun
naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu
jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Termasuk kukunya. Bayi
sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya
menukarkannya menjadi urin.
Nota Hamil : Berat badan anda akan bertambah kira-kira ¼ daripada berat
badan normal di antara minggu ini hingga minggu ke-20. Ketika minggu ini anda
akan merasa lebih bertenaga berbanding minggu- minggu sebelumnya.
Perkembangan Bayi Minggu
13
Tulangnya
mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, bayi sentiasa
menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsangkan otot bibirnya
supaya daya hisapnya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.
Nota Hamil : Perubahan ’saiz’ rahim yang kian membesar akan membuatkan anda
menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna
putting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan
urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.
Perkembangan Bayi Minggu
14
Organ-organ
bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah.
Bayi juga berupaya untuk menggerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh
mengerutkan kening.
Nota Hamil : Katakan selamat tinggal kepada morning sickness. Saat ini,
anda dapat menikmati makan dan minum. Jika beberapa bulan sebelum ini dunia
seks anda hambar, jangan risau. Kini, keseronokkan hubungan seks itu muncul
kembali dan mungkin lebih baik daripada sebelumnya. Agar hubungan anda dan
suami pulih seperti sedia kala, tumpukan perhatian dan berikanlah kasih sayang
sepenuhnya pada suami.
Perkembangan Bayi Minggu
15
Tulang
rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada
tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan
bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh
mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain
daripada degupan jantung dan bunyi perut anda.
Nota Hamil : Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada
masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu
bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan
sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas
sebaiknya.
Perkembangan Bayi Minggu
16
Bayi
semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut
halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi
juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan.
Nota Hamil : Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan
gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa
pergerakkan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda
tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di
bawah abdomen yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah.
Perkembangan Bayi Minggu
17
Anggota
badan bayi kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula
dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri.
Nota Hamil : Pinggang ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang
tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda
rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit
gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa. Pemilihan baju serta
seluar juga perlu ditukar. Jangan memakai pakaian yang ketat seperti jeans.
Namun anda masih boleh bergaya kerana dipasaran terdapat banyak seluar untuk
ibu hamil yang seakan sama dengan pakaian casual yang anda pakai sebelum
mengandung. Begitu juga dengan bra, dan seluar dalam anda perlu menukar kepada
saiz yang lebih besar atau yang selesa.
Perkembangan Bayi Minggu
18
Kulit
bayi ketika ini masih lagi berkedut kerana dia belum mengumpul lemak. Dia juga
sangat aktif bergerak. Bayi juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada
luar. Oleh yang demikian, jangan terperanjat jika tiba-tiba bayi menendang
setelah terdengar bunyi kuat.
Nota Hamil : Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakkan anak.
Dalam masa yang sama, anda juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal
ini terjadi kerana membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu
peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin
bertambah. Sama seperti apa yang saya katakan tadi digalakkan menggunakan panty
liner dan kerap menukar seluar dalam yang bersih.
Perkembangan Bayi Minggu
19
Sama
seperti anda, bayi dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu
mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukkan gigi
kekal juga muncul.
Nota Hamil : Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha
dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan
beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda.
Perkembangan Bayi Minggu
20
Vernis
iaitu sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk
melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan.
Nota Hamil : Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan
sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat
hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi
rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukanlah
sesuatu yang asing. Ini terjadi akibat perubahan hormon yang akan menyebabkan
injap pada pintu masuk perut mengendur. Kesannya, asid perut kembali semula ke
saluran perut yang dikenali sebagai esofagus. Agar masalah ini tidak
berlarutan, elakkan makan terlalu banyak makanan yang terlalu pedas ataupun
bergoreng.
Perkembangan Bayi Minggu
21
Si
kecik kini sebesar kira-kira sebiji pisang besar. Sudah besar bukan? Jadi apa
salahnya jika anda mula mencari nama terbaik untuknya.
Nota Hamil : Pada minggu ini badan anda berupaya menerima makanan lebih
daripada biasa. Jadi, jangan terlalu banyak makan kerana lemak akan berkumpul
dan tahap gula mungkin meningkat. Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan
karbohidrat seperti nasi kerana ini akan menyumbang kepada peningkatan gula
dalam darah.
Perkembangan Bayi Minggu
22
Perkembangan
pendengaran bayi di tahap yang memberangsangkan kerana anak kini sudah mula
mendengar bunyi dari luar.
Nota Hamil : Minumlah segelas jus oren setiap kali anda mengambil makanan
yang tinggi zat besinya seperti brokoli dan buah yang diawet. Jus oren
membolehkan mineral dari makanan tersebut diserap dengan banyak dan mudah.
Perkembangan Bayi Minggu
23
Degupan
jantung kini boleh dikesan menggunakan seteskop. Dia juga mula pandai tersedu.
Nota Hamil : Jika tangan dan kaki bengkak, jangan panik. Perkara ini biasa
berlaku pada ibu hamil khususnya di akhir-akhir minggu kehamilan. Proses ini
dinamakan sebagai oedema.Untuk melegakan kaki yang bengkak cuba rendam dengan air panas 5
– 15 minit setiap hari sebelum tidur.
Perkembangan Bayi Minggu
24
Bayi
semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca pergerakkannya. Degupan
jantung bayi sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan setoskop biasa. Pendengarannya
semakin tajam. Bayi mendengar setiap bunyi yang ada seperti suasana di luar,
degupan jantung dan bunyi angin dalam perut ibu. Oleh yang demikian, gunakan
masa ini untuk mendengarkan anak dengan muzik, lagu atau bacaan Al-Quran.
Nota Hamil : Empat peratus daripada ibu hamil cenderung mengalami masalah
kecing manis atau diabetis pada minggu ini. Jadi kawal pemakan harian anda.
Perkembangan Bayi Minggu
25
Sel-sel
otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulangnya juga
semakin keras. Kini, bayi semakin sktif belajar bernafas, menyedut dan
keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitarnya mereka. Sekiranya
bayi tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh tersedu.
Nota Hamil : Memasuki minggu ini, pelbagai perasaan akan timbul. Takut,
gembira, gementar, suka, risau dan segala jenis macam rasa akan timbul. Jangan
terlalu banyak berfikir. Cuba tenangkan diri dengan
membanyakkan bacaan tentang kehamilan serta ayat-ayat Al-Quran.
Perkembangan Bayi Minggu
26
Bayi
mula belajar bernafas. Tetapi, pada tahap ini masih belum ada oksigen yang akan
masuk ke dalam paru-paru. Tahap ini juga kedudukan bayi dalam keadaan
menyongsang. Jangan panik. Dari masa ke semasa bayi akan berada di kedudukkan
yang betul setelah berpusing mengikut usia kandungan.
Nota Hamil : Akan berlaku perubahan khususnya soal pernafasan. Anda
mungkin akan cepat mengah dan rasa seperti kekurangan oksigen. Hal ini di sebabkan
oleh saiz bayi yang kian membesar dan mula menekan jantung dan paru-paru.
Seperti nasihat saya sebelum ini anda perlu menukar saiz bra, seluar dalam dan
elakkan memakai pakaian yang ketat.
Perkembangan Bayi Minggu
27
Bayi
makin membesar manakala kulit pula mula menebal dan berkedut dan diselaputi
dengan satu lapisan yang dinamakan vernix caseosa
Nota Hamil: Anda mungkin menghadapi beberapa penyakit biasa ketika
mengandung iaitu kecing manis dan darah tinggi. Oleh yang demikian, anda perlu
tahu keadaan fizikal terkini dan pastikan kesihatan berada di tahap normal.
Perkembangan Bayi Minggu
28
Pada
usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila- bila masa. Jika
bayi lahir pada usia ini, dia diketegorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya
kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit.
Nota Hamil: Payu dara kini mula mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis
cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum
tersebut, cuba pakai pad pada baju dalam
bagi mengelakkan rasa melekit.
Perkembangan Bayi Minggu
29
Bayi
semakin membesar dan memenuhi ke seluruhan ruang dalam perut. Kepalanya mula
sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada
badannya terus tumbuh. Matanya boleh membuka dan ditutup dan mula fokus.
Nota Hamil : Dengan perut yang semakin besar, tidur anda kini sering tidak
nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin
kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan
anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika
berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal. Ingin tahu bagaimana memilih
bantal khusus untuk ibu hamil serta cara posisi yang baik sila dapatkan Buku
Dairi Hamil yang terdapat diruang Kedai Buku Online dalam page ini.
Perkembangan Bayi Minggu
30
Bayi
kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan.
Nota Hamil : Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar.
Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk
anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu.
Perkembangan Bayi Minggu
31
Kini,
dia sangat aktif dan sudah dapat membezakan antara terang dan gelap.
Nota Hamil : Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku
sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu
malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak
terlalu ketat dan panas.
Perkembangan Bayi Minggu
32
Bayi
semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih
banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walaubagaimanapun, kedudukan kepala
bayi tetap berada si permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa.
Nota Hamil : Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung
minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal.
Perkembangan Bayi Minggu
33
Jari
jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan paru-paru.
Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas.
Nota Hamil : Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika tidak
pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda
digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang
masalah.
Perkembangan Bayi Minggu
34
Berat
badannya semakin bertambah. Matanya mula sensitif terhadap cahaya. Kening dan
bulu mata kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai
berkedip-kedip. Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan
sempurna.
Nota Hamil : Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga
sedikit perasaan dan emosi pada peringkat ini.
Perkembangan Bayi Minggu
35
Tulang
kepalanya lembut dan mudah lentur. Manakala kulitnya mula berubah menjadi kemerah-merahan.
Kini, dia tahu waktu tidur dan berjaga.
Nota Hamil : Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika
di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan
risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar
rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari
sekarang.
Perkembangan Bayi Minggu
36
Kontraksi
awal boleh bermula sekarang. Jika berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda
ingin bersalin. Itu adalah tanda kandungan anda semakin mencapai tahap matang.
Bayi mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan.
Nota Hamil : Pernafasan kini menjadi semakin tidak selesa. Pangkal rahim
juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan.
Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.
Perkembangan Bayi Minggu
37
Bulu
pada badan bayi mula berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan
cortisone yang membantu mematangkan orang pernafasan.
Nota Hamil : Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa
semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa
jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman.
Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk digunakan ketika di bilik
bersalin.
Perkembangan Bayi Minggu
38
Rambut
mulai memanjang sehingga mencecah ukuran 5cm. Begitu juga dengan kukunya.
Nota Hamil : Sentiasa peka dengan perubahan diri. Pastikan tanda-tanda
ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu
banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan
tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan
sepenuhnya ketika di bilik bersalin.
Perkembangan Bayi Minggu
39
Pada
peringkat ini, anak dalam kandungan kurang aktif dan banyak memperoleh antibodi
daripada ibu.
Nota Hamil : Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin
kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan
fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital. Banyakkan berselawat nabi serta
berzikir untuk membantu keresahan.
Perkembangan Bayi Minggu
40
Pada
hujung minggu kehamilan pembesaran anak mula berkembang dengan lebih cepat. Lima tulang yang membentuk
tengkoraknya belum bergabung antara satu sama lain.
Nota Hamil : Anda mula terasa tanda-tanda sebelum bersalin: sakit
belakang, sakit seolah-olah senggugut, pergerakan perlahan usus, kontraksi dan
pecah ketuban. Dalam pada itu akan ada perasaan takut untuk bersalin dan
ragu-ragu dengan kemampuan diri untuk meneran. Pastikan suami anda menemani
anda pada saat ini
Sumber: Notafarrahirwan
Blog
No comments:
Post a Comment